Wednesday, June 29, 2016

Kusyen Hiasan


Pillow cover


Sarung bantal 4 segi masih menjadi pilihan saya jika membuat projek-projek jahitan. Mudah, ringkas dan memberi ruang kepada saya untuk bereksperimen dengan pelbagai variasi fabrik dan juga rekaan.



Dahulu saya hanya membuat berdasarkan tempahan sahaja. Tetapi mulai tahun ini HomeSewingDesign sudah mula membuat "ready made" dan juga menerima tempahan.  Barangan ready made boleh diperolehi di booth Plaza Anggerik Mall Shah Alam.


Berikut adalah rekaan "decorative" pillow cushion:


Closed up bunga tampal, daripada     renda disulami dengan manik                     Full closed up- Decorative Cushion
pearl.              

Cuma sweet and simple style                 Bunga tampal daripada renda yang 
                                                            sama, cuma cara letakan bunga 
                                                            berbeza.


Sulam ringkas dengan motif siluet daun. Masih dilokasi penggambaran yang            Ada model sibuk nak bergambar. 
sama.                                                       Youngest in the family.














Sunday, June 26, 2016

Goodie bag - bermacam warna & corak


Tiada tema utuk goodie bag ini, cuma dihasilkan daripada pelbagai perca kain yang masih ada. Saya cuma mahu membuat sesuatu yang sweet dan simple dan juga tidak terlalu menjurus kepada kanak-kanak lelaki atau perempuan. 

Biasaya isi goodie bag saya juga tidak banyak. Hanya cookie, air kotak dan juga simple toy. 


Kain perca yang banyak dimanfaatkan dalam membentuk GOODIE BAG ini. Di lekatkan butang bungkus yang juga menggunakan kain perca lebihan supaya tidak membazir.

Fabrik-fabrik lebihan ini adalah hasil daripada pembuatan cadar dan juga sarung bantal.  Goodie bag ini dilapisi dengan dua kain iaitu bahagian dalam menggunakan kain perca putih supaya agak tebal.




Sebahagian GOODIE BAG yang telah siap disi dengan cookies dan menunggu masa untuk diagihkan kepada kanak-kanak di LITTLE CALIPH ALAM IMPIAN!

Harapannya agar kanak-kanak gembira menerima hadiah yang seberapa ni daripada si cilik Adi Azwari.






































Tempahan goodie bag juga dibuka bagi sesiapa yang berminat. Rekabentuk bergantung kepada anda. Harga boleh disesuaikan dengan jumlah kuantiti yang ditempah.