Monday, July 11, 2016

Tirai Masjid Alam Impian

Ini adalah merupakan projek terbesar yang pernah saya laksanakan. Hampir 50 meter fabrik digunakan untuk membuat tirai masjid sebagai pemisah di ruang solat dan juga tempat wuduk. Fabrik yang saya gunakan adalah daripada MACY. Fabrik tebal dan berkualiti menjadi pilihan supaya tahan lama. Alhamdulilah..berjaya juga diselesaikan sebelum bermulanya 1 Ramadhan 2016. Terima kasih kepada Pn Faridah Itam daripada Canting 1 kerana telah memberi peluang untuk saya menyempurnakan projek tersebut. 

Saya menggunakan 2 ton warna untuk langsir masjid supaya sentuhan nampak lebih moden. Permintaan daripada pihak masjid supaya menggunakan fabrik telus pandang dibahagian tengah untuk memudahkan muslimat ketika sessi ceramah.



































Pandangan daripada sisi.




Pandangan daripada tempat solat muslimat







Pandangan daripada bahagian depan 



Permintaan khusus setiap tirai langsir dilengkapi dengan tali bagi memudahkan tirai diikat pada waktu - waktu tertentu. Setiap tali dihiasi  dengan butang kayu bagi rekabentuk yang lebih moden