Asalnya saya tak buat projek ini, tapi ada permintaan daripada " customer" daripada cyberjaya. Berpandukan gambar yang dihantar, saya cuba untuk merekanya. Saya diminta untuk membuat bantal dan juga sarung yang berbentuk ladam. Ianya bantal khas untuk ibu hamil So, saya fikir apa salahnya mencuba sesuatu yang baru, lagipun proses pembuatannya agak ringkas.
Bantal itu saya gunakan fabrik DITTE biru, manakala sarung pula saya gunakan Japanese Cotton. Panjang bantal adalah dalam 140 sm, manakala lebar pula adalah 15sm. Bagi sarung jalur itu saya gunakan pelekat valcro daripada zip. Kebelakangan ini cenderung pula saya menggunakan valcro daripada zip, kerana zip yang lebih daripada 30 inci terpaksa beli yang dipotong meter. Nyonya kedai akan melekatkan kepala zip. Akhirnya ia akan menjadi masalah pula kepada saya sebab kepala zip itu mudah tanggal dan selalunya hilang. Jadi penyelesaian saya adalah pita valcro.
Untuk bantal ini kekabunya disi sendiri oleh pelanggan atas permintaan pelanggan sendiri.
Pic 1
Pic 1