Monday, December 5, 2016

Cadar bercorak

Masih lagi dalam mood pembuatan cadar. Rasanya 2 bulan kebelakangan ini adalah paling banyak saya buat cadar, baik cadar tempahan mahupun cadar sendiri.Saya pantang jumpa kain cantik. Kalau jumpa mesti beli, buatnya kemudian. Sebab kalau ditunggu fabrik nya dah tiada didalam stok. Kadang-kadang kain yang saya beli tujuannya buat cadar tapi mungkin jadi projek lain juga.

Fabrik cadar yang masih belum di "project"kan.






































    
 ☝Tempahan cadar bercorak bunga matahari  yang diterima.

πŸ’“ 1 set cadar labuh
πŸ’š  2 helai sarung bantal


πŸ‘‡ Tempahan bagi cadar sweet cherry - Fitted sheet



































Tempahan khusus untuk yang bercitarasa feminin. Cadar corak "sweet cherry
Closed up - sarung bantal dan juga corak kain.πŸ’

Thursday, December 1, 2016

Cadar "munga-munga"

It's really fun working with something sweet and beautiful". Tema fabrik kali ini adalah berbunga-bunga, sesuatu yang manis, berwarna merah jambu dan ringkas. Sesuatu yang feminin khusus untuk anak remaja.

Kenapa handmade sedangkan ada banyak produk yang sama di pasaran? Mungkin ada konsep dekorasi sendiri supaya cadar sama dengan konsep dekorasi bilik. Boleh pilih mahukan bantal satu, bantal 2 ataupun bantal 1 dan bolster 1. Bagi saya pemilihan fabrik cadar yang sesuai memang mampu menaikkan seri ruang. Cadar terutamanya daripada fabrik kain kapas memang sangat berbaloi selain selesa.

Berikut adalah hasil "handmade" terbaru daripada  HomeSewingDesignπŸ’“

Cadar bergetah dengan satu sarung bantal.




Yeay.....ada anak patung sedang beradu.
































Sarung bantal dan juga corak - closed up


















<




















The summary.....🌺

Tempahan bantal kekabu

Tempahan kali ini datangnya daripada Taska Nur  Suci, seksyen 19 bagi menggantikan bantal-bantal kekabu yang lama dengan yang baru. "Make Over" kali ni menggantikan batang bantal dengan kain belacu. Kenapa kain belacu? bukan kain kapas...yang warna putih tu yea? Sebab kain belacu lebih lasak.

Sarung juga perlu diganti baru menggantikan sarung yang sedia ada. Saya memilih fabrik untuk dibuat cadar bercorak kereta dan juga bunga besar-besar warna merah jambu. Bagi saya bahagian yang paling seronok bila dapat sesuatu "job" adalah bahagaian pilih fabrik.😘 . Hanya nyatakan konsep dan warna yang disukai.


Saiz bantal adalah 12" inci (panjang) x 18" inci (lebar).




Batang bantal yang telah diganti dengan kain belacu.




















Sarung bantal yang telah siap untuk "delivery"




















Friday, November 18, 2016

Buku menjadi panduan

Salah satu kegemaran saya selain daripada menjahit adalah membaca. Membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan....ha, macam klise saja bunyinye kan.  Bagi saya membaca sebenarnya dapat membentuk fikiran. Hidup kita dikawal oleh pemikiran kita. Dimana kita seterusnya...hidup kita juga bergantung kepada corak masa lampau didikan yang kita dapat. Tapi bukan itu yang saya nak share....mukadimah sahaja.
Buku-buku dibawah ini sebenarnya dah lama saya beli. Ada yang dah berusia 14 tahun. Masih relevan bagi saya. Dan tak sangka dipenghujung tahun ini saya membuka kembali dan meneleknya satu persatu.

Buku - Working from Home

Menerangkan dengan jelas bagaimana kita perlu berjimat jika kita memilih untuk self employed. Begitu juga memperbaiki hubungan dengan komuniti setempat kerana kita hidup bermasyarakat. Begitu juga memperbaiki disiplin diri.

Buku - SINGER (Quick & Easy Decorating project)

Kulit buku ni kurang lawa bagi saya...very 80's. Ini buku menjahit saya yang pertama.  Saya cuma nak tengok apa yang saya boleh buat untuk projek dekorasi rumah. Masa ni skill menjahit saya sangat teruk dan tak tahu memilih  fabrik yang sesuai untuk satu-satu projek.

Buku - Amy Butler's little stiches for little one

Saya terpesona dengan kulit bukunya. Lagi terpesona dengan isi kandungannya. Harga RM100 saya pejamkan mata membelinya. Buku ini betul-betul mengubah persepsi dan gaya jahitan saya. Saya tidak pernah pun membuat satu pun projek didalam buku ini, walaupun buku ini lengkap dengan lakaran. Daripada buku ini saya meneroka dunia Amy Butler dan saya sangat kagum dengan idea-ideanya.

Buku - Craft, Show and Sell

Buku ini lebih menerangkan langkah-langkah untuk menjalankan perniagaan. Ia agak berbeza dengan buku-buku jahitan lain kerana tidak berkongsi pattern. Kaedah pricing nya agak menarik bagi saya.


Ada banyak lagi buku yang saya beli disebabkan bermacam alasan. Suka pattern, suka kulit, ataupun harga  best. 



Thursday, November 10, 2016

Sarung bantal kanak-kanak

Yeay....

Saya berpeluang membuat sarung bantal kanak-kanak lagi. One of my favourite subject....sebab dapat bereksperimen dengan benda-benda comel. Tempahan kali ini datang daripada mama Nurul Aien untuk anak bujang ...Muhammad. 
Saya menggabungkan warna-warna ceria sesuai dengan kanak-kanak, tapi dalam masa yang sama masih mengekalkan konsep ringkas supaya tidak menjadi sarat.

Ukuran bantal 48 sm x 48 sm. Material fabrik adalah daripada kapas.