Friday, December 30, 2016

sarung bantal ada nama

Ini adalah merupakan posting terakhir bagi tahun 2016 ini. Tahun yang penuh dengan cabaran dan juga merupakan tahun ke 6 HomeSewingDesign beroperasi. 
Posting pada kali ini  adalah merupakan sarung bantal kanak-kanak yang dibuat khusus kerana ada nama pada sarungnya . Tak boleh share yea!
Kebelakangan ini saya menggemari nuansa warna yang berwarna cerah. Jadi banyak palet fabrik  berwarna cerah yang ada didalam simpanan saya.
Asalnya sarung bantal untuk adik fabrik merupakan pilihan saya kerana si adik masih berstatus "toddler". Kakak juga ada citarasa yang tersendiri apabila memilih fabrik bermotif singa dan gajah berwarna oren. Jangan sangka kanak-kanak tiada taste!

Sarung bantal untuk adik.

















Si kakak juga tidak mau ketinggalan!

Friday, December 23, 2016

Bantal kitar semula

Disebabkan saya adalah pengusaha apa-apa saja yang berkaitan dengan bantal, maka projek kitar semula saya juga adalah bantal juga.





































Set sofa ni saya beli 13 tahun lepas.  Sofanya dah tak boleh guna. Selain daripada spring yang dah melendut-lendut, span sofanya pun dah berderai keluarkan habuk. Tak bagus untuk orang yang ada anak kecil macam saya. Jadi saya selamatkan bantalnya yang masih elok untuk dibuat toto mini. Boleh juga jadi "port" untuk budak-budak ini menonton tv. Saja pilih warna hitam supaya tak mudah nampak kotor.

Ok...dah ada tukang rasmi.

Seorang macam tengah berangan..



Seorang lagi macam ditepi pantai saja gayanya.


















Untuk 3 biji  bantal memerlukan 3 meter kain. Boleh juga di cuba jika nak selamatkan bantal-bantal lama, ataupun kalau malas buat ..tempah aje dengan saya..πŸ˜‡



Wednesday, December 14, 2016

Kain bedung@ Receiving blanket

Bila menjahit kain bedung ni teringat zaman 10 tahun dulu, semasa excited nak menerima anak pertama. Memang kurang pasti apa yang perlu dibeli dahulu. Dalam kepala teringat nak beli baju je. Diam-diam ibu mertua buatkan kain bedung daripada flanel dan juga barut baby. Mungkin juga  bedung dan barut saiznya agak kecil di pasaran.

Cerita kali ni pasal kain bedung baby.  Nak mudah beli aje kain lampin anakku lepas tu bedung. Tapi customer ni memang nak saiz yang besar supaya nanti beli baby dah besar sikit boleh jadi selimut. Baby biasanya dah sebulan tu memang tak boleh duduk diam, tangan keluar, kaki keluar. Sekejap je dah terlerai. 

Err, bear tu hanya props yea. Tengah duduk dengan selesanya diatas kain kapas putih yang nak dibuat bedung tu.






























Fabrik putih saya tambahkan piping tepi supaya lebih berseri. Lebar dan panjang adalah dalam 1 meter supaya boleh dijadikan selimut bila baby sudah besar sikit.


























Adi Marzuqi sedang buat Quality Checking.


































































The End......πŸ‘Ά

Monday, December 5, 2016

Cadar bercorak

Masih lagi dalam mood pembuatan cadar. Rasanya 2 bulan kebelakangan ini adalah paling banyak saya buat cadar, baik cadar tempahan mahupun cadar sendiri.Saya pantang jumpa kain cantik. Kalau jumpa mesti beli, buatnya kemudian. Sebab kalau ditunggu fabrik nya dah tiada didalam stok. Kadang-kadang kain yang saya beli tujuannya buat cadar tapi mungkin jadi projek lain juga.

Fabrik cadar yang masih belum di "project"kan.






































    
 ☝Tempahan cadar bercorak bunga matahari  yang diterima.

πŸ’“ 1 set cadar labuh
πŸ’š  2 helai sarung bantal


πŸ‘‡ Tempahan bagi cadar sweet cherry - Fitted sheet



































Tempahan khusus untuk yang bercitarasa feminin. Cadar corak "sweet cherry
Closed up - sarung bantal dan juga corak kain.πŸ’

Thursday, December 1, 2016

Cadar "munga-munga"

It's really fun working with something sweet and beautiful". Tema fabrik kali ini adalah berbunga-bunga, sesuatu yang manis, berwarna merah jambu dan ringkas. Sesuatu yang feminin khusus untuk anak remaja.

Kenapa handmade sedangkan ada banyak produk yang sama di pasaran? Mungkin ada konsep dekorasi sendiri supaya cadar sama dengan konsep dekorasi bilik. Boleh pilih mahukan bantal satu, bantal 2 ataupun bantal 1 dan bolster 1. Bagi saya pemilihan fabrik cadar yang sesuai memang mampu menaikkan seri ruang. Cadar terutamanya daripada fabrik kain kapas memang sangat berbaloi selain selesa.

Berikut adalah hasil "handmade" terbaru daripada  HomeSewingDesignπŸ’“

Cadar bergetah dengan satu sarung bantal.




Yeay.....ada anak patung sedang beradu.
































Sarung bantal dan juga corak - closed up


















<




















The summary.....🌺

Tempahan bantal kekabu

Tempahan kali ini datangnya daripada Taska Nur  Suci, seksyen 19 bagi menggantikan bantal-bantal kekabu yang lama dengan yang baru. "Make Over" kali ni menggantikan batang bantal dengan kain belacu. Kenapa kain belacu? bukan kain kapas...yang warna putih tu yea? Sebab kain belacu lebih lasak.

Sarung juga perlu diganti baru menggantikan sarung yang sedia ada. Saya memilih fabrik untuk dibuat cadar bercorak kereta dan juga bunga besar-besar warna merah jambu. Bagi saya bahagian yang paling seronok bila dapat sesuatu "job" adalah bahagaian pilih fabrik.😘 . Hanya nyatakan konsep dan warna yang disukai.


Saiz bantal adalah 12" inci (panjang) x 18" inci (lebar).




Batang bantal yang telah diganti dengan kain belacu.




















Sarung bantal yang telah siap untuk "delivery"