Monday, April 6, 2015

kusyen hiasan



Kusyen hiasan juga merupakan antara projek kegemaran saya di HomeSewingDesign. Setakat ini pelbagai tema telah dihasilkan berdasarkan citarasa pelanggan seperti moden, inggeris dan juga klasik.
Saya gemar bermain dengan warna-warna kontra supaya walaupun hiasan adalah ringkas tapi mampu menonjolkan sisi kusyen tersebut.

Hari ini mari kita bercerita tentang warna. Warna adalah satu elemen yang sangat penting bagi membentuk hasil yang diinginkan.


Saya suka membuat sesuatu yang spesifik  dan yang tidak boleh didapati daripada kebiasaan. Bantal dibawah merupakan bantal nombor rumah saya.  Saya letakkan 2 kerusi rotan dihadapan tempat meletak kenderaan dan gandingkan dengan sarung bantal yang saya buat. Tapi nampaknya kerusi rotan saya perlu diganti, kerana telah menjadi "scratching post" kucing kesayangan ...gugurl "TINA".









CLOSED UP ....KAIN JALUR DIPADANKAN DENGAN KAIN CORAK COUNTRY WARNA PERANG.

















Manakala untuk sarug kusyen dibawah, saya teringin menghasilkan sesuatu yang agak dramatik. Warna tanah yang digandingkan dengan warna merah mampu membentuk sesuatu yang menonjol.  Juga cuba jika menggandingkan warna kelabu dengan warna merah. 

Membuat ropol juga memakan masa yang agak lama. Terutamanya daripada proses menggunting helaian kain selebar 20 sm sehinggalah kepada proses membuat kedutan ropol dan juga melekatkankannya kepada fabrik. 




ROPOL MERAH BERBENTUK BULATAN YANG MENGHIASAI KUSYEN  YANG BERWARNA FABRIK ASAS.







2 projek kusyen ini bertemakan romantis. Warna asas seperti hijau digunakan sebagai latar belakang dan juga sebagai asas kepada rona  hijau yang lain cuma berlainan nada warna sahaja. Sengaja memilih hijau iaitu warna yang jarang diketengahkan, tetapi masih mampu menyerlah jika kena dengan gayanya.




DUA TEMA HIJAU YANG DIKETENGAHKAN
















Selain daripada palet warna yang mampu menonjolkan sisi menarik kusyen hiasan, saya juga gemar mencuba pelbagai bentuk yang saya fikirkan menarik. Ringkas dan minimalis adalah merupakan ciri-ciri kegemaran saya.







SARUNG BANTAL BENTUK ENVELOPE









Kuning merupakan warna yang "rare" dan jarang digunakan. Tetapi sekiranya digandingkan dengan palet warna coklat ataupun hijau ia boleh mendatangkan mood  "fresh".  Warna kuning merupakan gandingan terbaik sekiranya rumah anda banyak perabot rotan dan kayu. Cuba warna kuning untuk fabrik selain daripada putih yang biasa digunakan jika mood rumah adalah ala bali.






BANTAL OBLONG BERBUTANG








Ini merupakan projek untuk mencuba gandingan butang berira kayu untuk dipadankan dengan sarung kusyen. Corak kayu merupakan corak kegemaran saya, ianya cepat menangkap mata. Maka saya padankan dengan fabrik kosong untuk lebih menonjolkan kehadiran butang tersebut.

Sarung bantal kanak-kanak

Projek kali ini merupakan sarung bantal untuk adik dan abang. Menggunakan tema kartun yang sama iaitu monyet cuma warna background jer lain-lain, satu warna  merah dan satu lagi warna hitam.

Ini merupakan projek awal-awal yang saya buat dahulu menggunakan fabrik kanak-kanak daripada IKEA.  Dah bertahun 3 tahun rupanya. Warna masih sama, tidak luntur cuma agak lusuh sedikit.




































Kebanyakan projek awal saya adalah menjahit sarung bantal. Kenapa sarung bantal? Kerana ia merupakan asas dan agak mudah bagi saya. 

Setiap kelahiran anak saya menjahit bantal dan juga  sarungnya. Amalan ini mengingatkan saya kepada arwah makcik. Setiap kelahiran anak saudaranya mesti ada set bantal sulam bunga ros yang disulam atas kain kapas warna putih. Setiap kali lepas balik sekolah petang-petang saya biasa melihat arwah menyulam. Tapi saya tak minat masa tu, baik saya baca majalah ataupun tidur.
Saya berasal daripada Perak, saya tak pasti itu tradisi orang Perak ataupun memang hobi makcik bagi bantal free pada baby. 

Kita biasa baca artikel tentang makanan, makanan yang sekarang orang tak berapa tau buat ataupun dah terhidang tapi tak kenal pun. Saya ada buat kuih lama beberapa kali macam kuih cara (yg ada gula dkt tengah tu), tapi anak saya tak nak makan. Buat wajik tak jadi. Pulutnya sikit. Kuah gula terbanyak. Kuih sum-sum kegemaran arwah ayah. Tepung beras diwarna kan merah jambu dan dikelilingi air gula. Sekarang pun belum buat.  Budak-budak sekarang lebih selera pada lasagna, spaghetti, pizza, kentang goreng dan roti. Adakah pola pemakanan telah berubah. Ada orang kata sebab mak kat rumah tak buat, jadi anak tak biasa makan. Tapi kalau dah buat tapi tak makan?

Ok..lupakan bab makanan, sebab ini blog jahitan. Agaknya apa amalan orang dulu-dulu berkenaan jahitan ini yang makin lama makin pupus. Amalan bagi kain batik saya rasa saya buat lagi. Siap jahitkan sekali.

Jom layan gambar kejap. Kali ini saya buat simple aje. Nak try phrase LESS IS MORE! Kain dah cantik tak payah touch - up bagai-bagai.



































Sarung bantal untuk adik - AYI



































Sarung bantal untuk abang - KIMI




































Closed - up untuk dua-dua sarung bantal.

Jadi bagi ibu-ibu yang berminat untuk menempah..boleh lah hubungi saya. Jika ada yang terberkenan corak fabriki di pasaran tapi disebabkan faktor ketiadaan masa, tiada mesin jahit ataupun tak tau menjahit. Penghantaran fabrik boleh dibuat melalui pos.

Bagi yang tiada fabrik boleh juga menempah menggunakan fabrik saya. Harga dijamin berpatutan.Ada juga yang menempah sarung bantal 4 segi untuk dijadikan buah tangan perkahwinan kepada tetamu. Saya terlupa nak ambil gambarnya untuk diupload ke dalam blog.


Sunday, March 1, 2015

Jalan-jalan di Spotlight.

Anda semua dah pergi intai-intai fabrik di Spotlight Ampang Point?. Kedai kain ataupun lebih tepat lagi menjual barangan D.I.Y daripada Australia. Harga boleh tahan, sebab biasanya kedai fabrik di Malaysia menjual fabrik American Cotton per yard, tetapi di Spotlight adalah dijual dalam meter. Lebar masih sama iaitu 115 cm ataupun 45 inci. Bermakna anda dapat tambahan dalam 10cm kerana per yard adalah 90 sm manakala meter adalah 100 sm. Menarik bukan?

Jom shopping jap di Spotlight

Well, inilah hasil belian di Spotlight. Bagi fabrik yang sudah ada jenama seperti hello kitty dan juga Cat in the Hat @ watak-watak didalam filem harganya adalah agak mahal sedikit. Seingat  saya Cat in the Hat harganya RM86 per meter. So hanya mampu beli dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Khas untuk projek unborn baby masa tu.

Bagi fabrik gambar monyet tu pula purposely beli untuk adik & abang untuk dibuat sarung bantal. Mesti beli dalam corak yang sama, cuma kaler jer lain-lain untuk mengelakkan PERANG SAUDARA.!
Fabrik ini agak murah sebab old stock & juga tiada watak yang famous.

Hello Kitty pula adalah kain flannel. Saya beli untuk bedung baby nanti. Tak kisahlah walaupun dia boy janji emaknya minat.

Jika anda bernasib baik, ada American Cotton yang ditawarkan kurang daripada RM10.00. Tapi corak kena pandai pilih. Sudah pasti bukan watak daripada filem kartun kerana biasanya orang dah sambar dulu. 

Owl tu pula trend masa kini. Burung hantu dah jadi daripada watak yang menakutkan kepada kiut pula..macam Twilight watak hantu vampire hensem.



Karikatur kucing yang mengujakan dalam pelbagai 'pose manja'.






Masih belum selesai dengan kucing, Ini pula gambar kucing jenis-jenis kucing yang terdapat di muka bumi ini


Fabrik merah untuk projek langsir, manakala pola dot hijau untuk projek sarung kerusi terbaru.
Ada banyak lagi fabrik yang tak sempat saya snap untuk dipaparkan. Jika anda berminat dengan jewellry making, kids craft & birthday costume pun ada banyak juga.

Jom ..check website spotllight :
www.spotlight.com.my

Sarung tilam baby (Baby crib)

Projek ini merupakan projek untuk  unborn baby pada masa tu. Sarung tilam baby ataupun baby crib. Kain menggunakan corak cat in the hat,..berwarna biru. Projek simple saja. Produk ini dijahit sendiri kerana pada masa tu tidak jumpa sarung tilam bayi yang sesuai. Terbeli sarung tilam untuk play pen. Alih-alih tidak muat kerana saiz yang jauh berbeza. Kebetulan sudah beli kain yang bercorak kartun, jahit sahaja. Lagipun ia berbeza dengan kebanyakan sarung dipasaran yang menggunakan latar belakang berwarna putih.

Dua bear sedang posing







































































Jika ada yang berminat menempah bolehlah menghubungi saya. Fabrik terpulang pada anda, ataupun mahu menggunakan fabrik daripada saya.

Tuesday, February 24, 2015

Quilt Teddy Bear

Agak lama juga saya tak buat quilt, dah bertahun rasanya. Ingatkan dulu quilt baby menjadi saya punya major, lama-lama yang menjadi major adalah sarung kerusi dan juga cadar.

Tapi kalau ada tempahan yang simple insya-allah saya terima. Macam projek kali ini lebih kepada newborn baby. Corak dan warna terpulang pada saya. Cuma ibunya tidak mahu menjurus kepada mana-mana warna spesifik, seperti biru untuk lelaki dan merah jambu untuk perempuan. Walaupun telah discan, babynya lelaki. Saya juga tidak pernah spesifik untuk warna. Dulu pernah saya beli hijau, kuning dan oren untuk baju. Warna merah jambu pun pernah saya pakaikan untuk anak lelaki, hasilnya  bila bawa berjalan orang ingat baby girl.
Tambahan pula rambutnya lebat.

Quilt ini sederhana besar,  80 sm lebar dan juga 60 sm panjang. Saya suka buat dalam saiz ini sebab dipasaran bagi saya agak kecil. Biasanya bila baby dah besar sikit dalam 4 bulan, baby akan tergolek-golek, jadi quilt yang agak lebar diharap dapat mengalas kelasakan baby tu.

Bantal peluk mini tu pulak fungsinya dapat buat penyendal baby tu daripada tergolek.

Keseluruhan quilt  baby '80 sm x 60 sm

Closed-up Quilt


Pandangan quilt daripada belakang. Saiz quilt bila dillipat 4, mudah untuk dibawa ke mana-mana


Sunday, February 22, 2015

Cat Goodie bag

Projek ini pula untuk anak bujang yang dah mencapai umur 7 tahun untuk diberi kepada kawan-kawan taska sempena harijadinya. Dah pandai pilih konsep yang dikehendaki. Minatnya adalah kucing. Anak bujang cuma minta dipatchkan bentuk kucing ke goodie bag. Dalam pada itu saya fikir apa kata saya buat muka kucing & tambahkan telinganya. Ekor tidak sempat dibuat kerana kesuntukan masa.


Matanya saya beli butang besar dikedai jahit. Hidungnya daripada kain felt, manakala misai dan mulutnya saya pilih corak mesin. Bagi telinganya saya potong kain bentuk segitiga dan jahitkan diatas kepala. Kedudukan telinga kucing agak senget sedikit, kerana jika kita jahitkan tegak kucing akan kelihatan seperti arnab.


Kain saya menggunakan fabrik ditte daripada IKEA supaya tahan lasak dan tebal.
Goodie bag yang dah selesai- sedang berposing sakan

Closed -up

Another closed -up

Inspirasi  goodie bag daripada house cat - Atan namanya

Dalam proses pembuatan

Hidung ready made. Beli kain felt bentuk reben

Reben dipotong 2 dan terbentuklah hidung. Hidung dijahit tangan

Friday, February 20, 2015

Inspirasi ku

Semua orang suka mendapatkan inspirasi daripada inyernet.  Bagi saya. saya sukakannya untuk mendapatkan inspirasii dan tips berkenaan dengan jahitan. Cara yang paling mudah dan murah adalah melalui newsletter website tersebut. Jadi tidak perlulah membeli buku-buku jahitan yang mahal harganya.

Inspirasi  daripada mereka biasanya segar, ringkas dan berbeza daripada apa yang sedia ada di pasaran negara kita. Berikut adalah beberapa newsletter yang saya langgan hasil daripada melayari  website mereka.

1. http://www.bhg.com
2. AllPeopleQuilt.com

Designer yang paling saya minati adalah Amy Butler. Selain daripada menghasilkan rekaan fabrik dibawah jenama amybutler design, beliau juga 
menghasilkan kraftangan quilt, beg, baju dan namakan apa saja. Rekaannya segar, berwarna-warna dan berorientasikan alam terutamanya bunga-bungaan. 

Jika berminat boleh melayari pautan di bawah.

3. www.amybutlerdesign.com.

Pernah tak cuba membaca di Amazon.Com. Anda boleh memilih buku-buku untuk di lihat 'overview'nya dahulu. Ada buku-buku yang boleh dibaca secara percuma tetapi bukanlah keseluruhan. Hanya muka surat tertentu sahaja. Tetapi bagi saya itu sudah mencukupi itu mendapatkan inspirasi dan tips-tips tertentu.

4. www.amazon.com

Wednesday, February 18, 2015

New baby in the house

Begitu lama sudah saya tidak menge...'post' apa-apa di blog kesayangan saya ini. Saya mengambil keputusan berehat sebentar walaupun sudah ada material untuk dipost untuk menumpukan perhatian kepada baby didalam kandungan sehingga kelahirannya ( + additional time untuk berpantang, maklum kesihatan badan harus dijaga).

New  "Baby in the House" diberi nama Adi Marzuqi. Bermaksud Rezekiku...Rezeki kami anak yang ke 3.


Gambar 18Sx...sebelum pergi mandi. Age 30 hari.