Projek ini pula untuk anak bujang yang dah mencapai umur 7 tahun untuk diberi kepada kawan-kawan taska sempena harijadinya. Dah pandai pilih konsep yang dikehendaki. Minatnya adalah kucing. Anak bujang cuma minta dipatchkan bentuk kucing ke goodie bag. Dalam pada itu saya fikir apa kata saya buat muka kucing & tambahkan telinganya. Ekor tidak sempat dibuat kerana kesuntukan masa.
Matanya saya beli butang besar dikedai jahit. Hidungnya daripada kain felt, manakala misai dan mulutnya saya pilih corak mesin. Bagi telinganya saya potong kain bentuk segitiga dan jahitkan diatas kepala. Kedudukan telinga kucing agak senget sedikit, kerana jika kita jahitkan tegak kucing akan kelihatan seperti arnab.
Kain saya menggunakan fabrik ditte daripada IKEA supaya tahan lasak dan tebal.
|
Goodie bag yang dah selesai- sedang berposing sakan |
|
Closed -up |
|
Another closed -up |
|
Inspirasi goodie bag daripada house cat - Atan namanya |
|
Dalam proses pembuatan |
|
Hidung ready made. Beli kain felt bentuk reben |
|
Reben dipotong 2 dan terbentuklah hidung. Hidung dijahit tangan |
No comments:
Post a Comment
Thanks for your visit and comments.