Wednesday, October 23, 2013

Cara membuat sarung kerusi

Selain daripada menjahit, membaca buku dan juga berblogging antara aktiviti  lain yang saya suka adalah menganalisa. Apabila menulis blog terutamanya dalam seni jahitan ni antara persoalan yang paling selalu timbul adakah patut saya share macam mana saya buat dengan pembaca. 



Sebelum membina blog ini selalu saya visit blog daripada luarnegara. Antaranya menyatakan sebenarnya ramai orang yang browse blog adalah untuk mencari "how to". Dan juga ramai yang sebenarnya mencari inspirasi.  99% populasi pembaca adalah mencari "how to" dan juga idea.

Jadi apakata kita berkongsi maklumat bersama-sama, contohnya bagaimana mahu membuat sarung kerusi. 

Mengambil ukuran sarung kerusi, Contoh sarung kerusi saya. Saiz kerusi berbeza-beza ya.

Ukuran hadapan - Pix 1




Pix 2 - Daripada belakang.
















Potongan  Kain

Potongan  fabrik terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian kepala dan juga bahagian tempat duduk:

Bahagian Kepala (Tempat sandar)
2 keping kain

Tempat Duduk
4 keping kain.






















Seeloknya-eloknya fabrik bagi tempat duduk di tekap dengan kertas surih/minyak  kerana tempat duduk bukan berbentuk segiempat tepat. Saiz  juga berbeza-beza daripada satu kerusi ke kerusi yang lain.



Bahagian  Sandar


Cantumlan kedua-dua keping fabrik tersebut (wrongside of the fabric).



















Bahagian tempat duduk
















Mula-mula cantumkan kepingan kain dibahagian depan dengan tempat duduk, kemudian sisi (kiri & kanan)
Cantumkan dengan berhati-hati dibahagian selisih supaya menjadi lebih kemas.


Setelah  siap bahagian sandar & tempat duduk, cantumkan kepingan tersebut.







Jahit dibahagian kiri & kanan.






































Selesai....satu  sarung. Mudahkan....

41 comments:

  1. Bagaimana nak buat sarung kerusi plastik yg tak de tempat sandar?tq.

    ReplyDelete
  2. Tq.sy dah lama cari tutorial ni.more inspiring

    ReplyDelete
  3. Nak tye.. Satu kerusi gune bape meter ye

    ReplyDelete
  4. Tq sis....baru nak mula belajar jahit.

    ReplyDelete

Thanks for your visit and comments.