Monday, April 6, 2015

kusyen hiasan



Kusyen hiasan juga merupakan antara projek kegemaran saya di HomeSewingDesign. Setakat ini pelbagai tema telah dihasilkan berdasarkan citarasa pelanggan seperti moden, inggeris dan juga klasik.
Saya gemar bermain dengan warna-warna kontra supaya walaupun hiasan adalah ringkas tapi mampu menonjolkan sisi kusyen tersebut.

Hari ini mari kita bercerita tentang warna. Warna adalah satu elemen yang sangat penting bagi membentuk hasil yang diinginkan.


Saya suka membuat sesuatu yang spesifik  dan yang tidak boleh didapati daripada kebiasaan. Bantal dibawah merupakan bantal nombor rumah saya.  Saya letakkan 2 kerusi rotan dihadapan tempat meletak kenderaan dan gandingkan dengan sarung bantal yang saya buat. Tapi nampaknya kerusi rotan saya perlu diganti, kerana telah menjadi "scratching post" kucing kesayangan ...gugurl "TINA".









CLOSED UP ....KAIN JALUR DIPADANKAN DENGAN KAIN CORAK COUNTRY WARNA PERANG.

















Manakala untuk sarug kusyen dibawah, saya teringin menghasilkan sesuatu yang agak dramatik. Warna tanah yang digandingkan dengan warna merah mampu membentuk sesuatu yang menonjol.  Juga cuba jika menggandingkan warna kelabu dengan warna merah. 

Membuat ropol juga memakan masa yang agak lama. Terutamanya daripada proses menggunting helaian kain selebar 20 sm sehinggalah kepada proses membuat kedutan ropol dan juga melekatkankannya kepada fabrik. 




ROPOL MERAH BERBENTUK BULATAN YANG MENGHIASAI KUSYEN  YANG BERWARNA FABRIK ASAS.







2 projek kusyen ini bertemakan romantis. Warna asas seperti hijau digunakan sebagai latar belakang dan juga sebagai asas kepada rona  hijau yang lain cuma berlainan nada warna sahaja. Sengaja memilih hijau iaitu warna yang jarang diketengahkan, tetapi masih mampu menyerlah jika kena dengan gayanya.




DUA TEMA HIJAU YANG DIKETENGAHKAN
















Selain daripada palet warna yang mampu menonjolkan sisi menarik kusyen hiasan, saya juga gemar mencuba pelbagai bentuk yang saya fikirkan menarik. Ringkas dan minimalis adalah merupakan ciri-ciri kegemaran saya.







SARUNG BANTAL BENTUK ENVELOPE









Kuning merupakan warna yang "rare" dan jarang digunakan. Tetapi sekiranya digandingkan dengan palet warna coklat ataupun hijau ia boleh mendatangkan mood  "fresh".  Warna kuning merupakan gandingan terbaik sekiranya rumah anda banyak perabot rotan dan kayu. Cuba warna kuning untuk fabrik selain daripada putih yang biasa digunakan jika mood rumah adalah ala bali.






BANTAL OBLONG BERBUTANG








Ini merupakan projek untuk mencuba gandingan butang berira kayu untuk dipadankan dengan sarung kusyen. Corak kayu merupakan corak kegemaran saya, ianya cepat menangkap mata. Maka saya padankan dengan fabrik kosong untuk lebih menonjolkan kehadiran butang tersebut.

Sarung bantal kanak-kanak

Projek kali ini merupakan sarung bantal untuk adik dan abang. Menggunakan tema kartun yang sama iaitu monyet cuma warna background jer lain-lain, satu warna  merah dan satu lagi warna hitam.

Ini merupakan projek awal-awal yang saya buat dahulu menggunakan fabrik kanak-kanak daripada IKEA.  Dah bertahun 3 tahun rupanya. Warna masih sama, tidak luntur cuma agak lusuh sedikit.




































Kebanyakan projek awal saya adalah menjahit sarung bantal. Kenapa sarung bantal? Kerana ia merupakan asas dan agak mudah bagi saya. 

Setiap kelahiran anak saya menjahit bantal dan juga  sarungnya. Amalan ini mengingatkan saya kepada arwah makcik. Setiap kelahiran anak saudaranya mesti ada set bantal sulam bunga ros yang disulam atas kain kapas warna putih. Setiap kali lepas balik sekolah petang-petang saya biasa melihat arwah menyulam. Tapi saya tak minat masa tu, baik saya baca majalah ataupun tidur.
Saya berasal daripada Perak, saya tak pasti itu tradisi orang Perak ataupun memang hobi makcik bagi bantal free pada baby. 

Kita biasa baca artikel tentang makanan, makanan yang sekarang orang tak berapa tau buat ataupun dah terhidang tapi tak kenal pun. Saya ada buat kuih lama beberapa kali macam kuih cara (yg ada gula dkt tengah tu), tapi anak saya tak nak makan. Buat wajik tak jadi. Pulutnya sikit. Kuah gula terbanyak. Kuih sum-sum kegemaran arwah ayah. Tepung beras diwarna kan merah jambu dan dikelilingi air gula. Sekarang pun belum buat.  Budak-budak sekarang lebih selera pada lasagna, spaghetti, pizza, kentang goreng dan roti. Adakah pola pemakanan telah berubah. Ada orang kata sebab mak kat rumah tak buat, jadi anak tak biasa makan. Tapi kalau dah buat tapi tak makan?

Ok..lupakan bab makanan, sebab ini blog jahitan. Agaknya apa amalan orang dulu-dulu berkenaan jahitan ini yang makin lama makin pupus. Amalan bagi kain batik saya rasa saya buat lagi. Siap jahitkan sekali.

Jom layan gambar kejap. Kali ini saya buat simple aje. Nak try phrase LESS IS MORE! Kain dah cantik tak payah touch - up bagai-bagai.



































Sarung bantal untuk adik - AYI



































Sarung bantal untuk abang - KIMI




































Closed - up untuk dua-dua sarung bantal.

Jadi bagi ibu-ibu yang berminat untuk menempah..boleh lah hubungi saya. Jika ada yang terberkenan corak fabriki di pasaran tapi disebabkan faktor ketiadaan masa, tiada mesin jahit ataupun tak tau menjahit. Penghantaran fabrik boleh dibuat melalui pos.

Bagi yang tiada fabrik boleh juga menempah menggunakan fabrik saya. Harga dijamin berpatutan.Ada juga yang menempah sarung bantal 4 segi untuk dijadikan buah tangan perkahwinan kepada tetamu. Saya terlupa nak ambil gambarnya untuk diupload ke dalam blog.