Wednesday, March 1, 2017

cara membuat cadar "fitted sheet"

Disebabkan banyak kali buat cadar kebelakangan ini, saya kongsikan cara-cara pembuatan cadar untuk katil single. Semoga bermanfaat.


1.  Bidang fabrik (lebar fabrik)  sangat penting dalam pembuatan cadar. Ia menentukan          samada fabrik perlu di sambung atau tidak. Fabrik cadar bidang besar boleh
     diperolehi di Tewah Shah Alam dan juga Jakel.

2. Ambil ukuran fabrik. Biasanya untuk katil single...ukuran diatas bagi permukaan katil 
    adalah 95 sm lebar x 190 sm panjang. Berdasarkan pada ketebalan tilam, perlu                 menambah 25sm panjang (ataupun 8 inci) bagi setiap penjuru lebar dan dan panjang. 
  


 

































3. Disini bidang kain adalah penting. Jika kain adalah lebar contohnya seperti 150
cm   maka tidak perlu sambungan. Jika bidang kecil, sambungan adalah perlu 
supaya  cadar elok cantik terletak.



4. Jahit keempat-empat penjuru cadar tersebut.





































5. Setelah dijahit keempat-empat penjuru tersebut cadar anda harus kelihatan begini.





































6. Potong tali elastik sepanjang 20 cm. (Boleh diperolehi di kedai jahit). Jahit kan tali elastik tersebut sebanyak 40 sm di sebelah penjuru cadar & 40 sm di sebelah penjuru satu lagi, bermula dengan 4 penjuru yang telah anda jahit tadi.  Gunakan baby pin untuk menarik tali elastik tersebut dan memudahkan kerja anda.











































































































7. Kedut cadar setelah dimasukkan tali elastik dan juga telah dijahit.


😇 Selamat mencuba.....ringkas aje kan.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.