Saturday, January 21, 2017

Sarung bantal taska

Ini merupakan posting yang pertama bagi tahun 2017. Permulaan tahun mendapat tempahan sarung bantal dan bantal bagi anak-anak taska.

Job yang ringkas tapi berulang kali kerana perlu membuat dalam kuantiti yang banyak. Saiz bantal adalah  18 inci lebar x 12 inci panjang. Batang bantal menggunakan kain belacu kerana tahan lasak.

Fabrik kuning bermotifkan kereta manakala fabrik merah jambu bermotifkan bunga itu saya beli di Thewah bertempat di pasaraya Ole-Ole Seksyen 18. Warga Shah Alam mesti tahu.
Tujuan adalah  untuk kanak-kanak lelaki berwarna kuning manakala merah jambu untuk kanak-kanak perempuan. Saya selesa menggunakan fabrik untuk dibuat cadar kerana bidangnya luas iaitu 90 inci, lembut dan juga tidak berbulu bila dibasuh.

Berikut adalah gambar-gambar sarung bantal taska







































Kucing bergaun kembang@sarung bantal dewasa untuk taska


Bantal yang dah ready untuk di hantar kepada pengusaha