Tuesday, February 26, 2013

Quilt renda

Lama dah rasanya tak menyentuh blog ni.  Cuba juga untuk "memblog" dan "memposting" setiap minggu tapi nampaknya kurang berjaya disebabkan kesibukan dan juga mencari  rentak baru dalam kehidupan.  Yelah, asyik buat benda yang sama sahaja dalam tempoh masa yang lama memang menjemukan.  

Penutup projek jahitan untuk tahun 2012 adalah  Quilt Renda. Lama dah tak buat quilt. Tempahan diterima daripada seorang kawan yang mahukan "something special" untuk buah hatinya ...ALEESYA. Hadiah sempena ulang tahun yang ke tiga. Bagaimana ya..mahu diadunkan..something special, cute and girlish. Tidak ketinggalan juga mahu cepat kerana harijadi lagi 2 minggu menjelang. Jadi, cara yang paling pantas bagi saya adalah menambahkan renda kerana  tampal cantum applique akan memakan masa yang lama.

Fabrik yang dipilih adalah daripada Thewah berharga RM12.90 per meter. Bagi menampakkan kelainan saya membuat rekabentuk  berkeluk-keluk  pada sarung bantal kecil.
Saiz quilt pula adalah 150sm lebar x 200sm panjang.

Berikut adalah hasil jahitan untuk ALEESYA:















Gambar keseluruhan quilt yang dihiasi renda merahjambu.


Untuk "more personalized dan customised" disulamkan nama puteri kecil ini.

























 2 biji bantal yang sedang berbaris ditangga.



























Quilt dari pandangan atas