Monday, September 3, 2012

Sarung kerusi makan

Bagaimana mahu menukar rupa kerusi  lama kepada yang baru tanpa melibatkan kos yang besar. Salah satu caranya ialah dengan menukar fabrik tersebut.  Saya memilih fabrik daripada ikea iaitu SOFIA yang berharga RM25.90 semeter untuk tujuan tersebut. Fabrik ini telah lama saya beli kerana jika bershopping di ikea  dan terjumpa fabrik yang berkenan baiklah terus dibeli kerana jika datang dikemudian kali mungkin sudah kehabisan stok ataupun fabrik tersebut sudah tidak dijual lagi. Saya memilih SOFIA  berjalur hijau untuk menaikkan seri ruang kerana rumah didominasi oleh warna hitam, coklat dan kuning.

Sarung kerusi lama

Sebelum ini  saya hanya membuat sarung pada bahagian kusyen sahaja, tetapi teringin pula untuk membuat sarung kerusi  penuh memandangkan yang penuh tersebut lebih cantik dan nampak "proper". So, kenalah bereksperimen dan belajar membuatnya terlebih dahulu. 

Setelah meneliti beberapa aspek jahitan maka saya pun memulakan projek. Sebanyak 6 meter kain diperlukan untuk membuat sarung kusyen dan juga alas meja.

Lihat hasilnya - saya rasa mampu mengubah ruang supaya menjadi lebih cerah dan nampak "awesome".

















Mari kita lihat beberapa gambar yang memaparkan aksi kanak-kanak gembira dimeja makan.(Dining table with a model)


















Sarung ini mempunyai kusyen dibahagian tempat duduk (diletakkan basting ) supaya lebih selesa ketika menjamu selera.

Kelemahannya sarung kusyen putih menyebabkan kekotoran cepat lekat, terutamanya anak-anak yang suka makan nasi kicap dan jugak coklat. Tetapi ia juga mampu membuatkan ruang nampak lebih berseri dan cerah mata memandang. Selepas ini saya mungkin akan membuat satu set lagi sarung kusyen menggunakan fabrik SARALISA  (fabrik corak kipas) mungkin untuk  4 kerusi dan 2 kerusi lagi menggunakan DITTE hitam. DITTE hitam khusus untuk anak-anak duduk sambil makan   nasi kicap mereka.Tujuannya perlu ada 2 set, satu basuh dan satu lagi pakai.


Harga pasaran : RM40 per cover
Jika satu set termasuk alas meja 
untuk 6 orang adalah RM300.


4 comments:

Thanks for your visit and comments.