Thursday, September 27, 2012

Interior style - part 2


Pada topik yang lepas saya menulis tentang kegemaran hiasan dalaman saya, iaitu gaya scandinavia kerana penataan yang ringkas dan nampak  bersih.  Terkadang, terdetik dihati saya, apakah sebenarnya gaya penataan rumah melayu yang moden. Selalu gaya rumah melayu asli adalah rumah kayu, perabot kayu, ukiran kayu yang berkerawang, tetapi bagaimana dengan penataan melayu moden.  






Malay style
Sumber:imakubex.iluvislam.com








English style:













Chinese style











Japanese style
Sumber:trendszine.com













Bali style
Sumber:interiorarcade.com














Mediterranean style
Sumber:debbie-debbiedoos.com













Minimalist style
Sumber:designindoor.com














Zen style
Sumber: naurahomedesign.com








Biasanya yang popular adalah gaya Inggeris, Oriental ..Cina dan Jepun, gaya korea belum lagi,..mungkin lepas Gangnam style popular ada gaya korea. Gaya Mediterranean, gaya Zen, Minimalist, Bali ...dan ada juga gaya lain yang mungkin saya tidak tahu. Apa-apa pun bagi saya gaya penataan bergantung kepada “taste” dan juga ketebalan poket. Saya juga berminat dengan ruang yang ada gaya penataan tapi harus dibuat berdikit-dikit kerana poket yang kurang tebal.

Bagaimana dengan penataan yang tiada gaya apa-apa tetapi hanya cenderung kepada citarasa tuan rumah sahaja. Saya ingin bercerita mengenai rumah kakak saya, dimana saya fikir gayanya adalah kepada apa yang diinginkan. Saya melihat dinding rumah dihiasi dengan banyak foto-foto besar  keluarga, aksi anak-anak  dalam pelbagai gaya. Mungkin kerana pengaruh suami yang bekerja didalam bidang fotografi yang  memungkinkan gambar-gambar berikut dapat diambil dalam keadaan yang nampak hidup dan cantik.  Saya nampak barisan anak patung kecil-kecil yang dibeli daripada IKEA yang disusun kemas diruang tamu, saya fikir itu adalah patung mainan anak-anaknya, memandangkan anak-anak beliau yang masih kecil.  Tetapi menurut katanya anak-anak patung itu adalah merupakan sebahagian daripada hiasan rumah, kerana dulu pada zaman kanak-kanak tidak berkemampuan untuk membelinya. Jadi sekarang mungkin kerana sudah berkemampuan dan walaupun sudah terlebih usia, beliau tetap membelinya.

Ya, satu kemampuan  dan satu lagi  penawaran pasaran. Dulu barang hiasan rumah tiada variasi dan juga hiasan rumah bukan satu gaya hidup. Ada almari lauk, meja makan dan set sofa rotan sudah cukup baik. Kabinet dapur???, itu pun benda baru. Macam mana boleh masuk dalam kehidupan kita sekarang dan juga kabinet dapur umpama perabot wajib disetiap rumah saya kurang pasti. Sedar-sedar saya pun mahu kabinet dapur juga.

Kemudian saya terfikir apakan kecenderungan saya.  Lulusan perakaunan,  takkan lah saya nak gantung P/L pulakkan??, suami ....ikut sajalah kecenderungan saya. Saya  duduk di kawasan perumahan baru, jadi banyak bertandang majlis doa selamat dan sebagainya. Kerapkali saya melihat lukisan cat minyak sebagai penyeri dinding. Hmmm....lukisan sebagai penyeri dinding, satu idea yang baik. Tetapi saya kurang pasti mahu gambar apa. Kebiasaannya saya suka “survey “ dulu. Daripada situ saya tahu rupanya lukisan asli dan tidak asli.  Saya berkunjung ke Galeri Lukisan di SACC dan pemiliknya menerangkan lukisan sebenarnya satu cara menghayati seni dan juga satu konsep pelaburan.  Menghayati seni saya pernah dengar tetapi konsep pelaburan saya agak kabur. Menurut beliau pembeli mesti meneliti karya-karya pelukis yang sedang meningkat naik, kerana pada permulaan karier lukisan ini dijual dengan harga yang agak murah. Tetapi jika pelukis itu kemudiannya terkenal serta menerima pelbagai anugerah, harga lukisan itu akan meningkat setanding dengan nilai pelukis itu sendiri. Seperti  Datuk Ibrahim Hussein, nilai harga lukisannya makin meningkat.Begitu rupanya, tapi maklumat itu hanya tersimpan kemas dan jadi pengetahuan sahaja kerana lukisan asli yang begitu kecil harga bermula daripada RM4,000. Bukan saya tidak menghargai seni, tetapi saya belum sampai ke tahap itu lagi.



Lukisan The Fighting Cockerels
Sumber:http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2012/9/18/mstar_mingguan/20120918214432&sec=mstar_mingguan

Jadi, berbalik kepada pengamatan pertama...lebih baik saya hasilkan sesuatu mengikut kecenderungan saya.  Mungkin hasil jahitan saya menarik untuk dibingkaikan dan menjadi penyeri dinding. Rekabentuk  dan warna sudah pasti tetapi peringkat perlaksanaan masih samar lagi. Mungkin juga di masa depan mahu menghasilkan quilt berciri malaysia....gambar wau, durian..., ayam jantan...(and the list go..on..on...on).


No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.