Wednesday, September 12, 2012

Bantal butang oblong

Bukan burger sahaja boleh dioblongkan, bantal juga boleh masuk kategori oblong.  Saya membuat sarung bantal oblong berukuran 55sm lebar x 38sm panjang,  untuk melengkapkan set sofa bed  iaitu Beddinge.  Kawan saya bercitarasa simple, tapi mahukan  kelainan. Selain daripada itu warna harus cerah supaya ruang rumah nampak lebih besar. WOW! banyak sungguh permintaankan!, tapi takpe saya cuba penuhi sesuai dengan falsafah..CUSTOMER ALWAYS RIGHT..kan!kan!kan!.

Berbalik kepada cerita  asal iaitu sarung bantal, Sarung bantal oblong ini menggunakan fabrik LENDA kelabu yang berharga RM19.90 p/meter. Sarung bantal ini dihiasi dengan 3 biji butang coklat ira warna kayu untuk menaikkan seri dan memberi kelainan.


Kucing yang sempat berposing dengan "make over" sofa bed yang baru.











Close-Up Bantal oblong dari dekat.
Projek yang seterusnya mungkin selesai dalam minggu depan adalah bantal jugak. tapi dalam bentuk sampul. Juga untuk melengkapkan set sofa bed biddinge ni. Lagi banyak bantal lagi meriah, bak kata pepatah Inggeris....THE MORE THE MERRIER.

Saiz : 55sm lebar x 38sm panjang (Sarung Bantal)
Harga: RM30 bagi satu sarung.



No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.