Wednesday, December 14, 2016

Kain bedung@ Receiving blanket

Bila menjahit kain bedung ni teringat zaman 10 tahun dulu, semasa excited nak menerima anak pertama. Memang kurang pasti apa yang perlu dibeli dahulu. Dalam kepala teringat nak beli baju je. Diam-diam ibu mertua buatkan kain bedung daripada flanel dan juga barut baby. Mungkin juga  bedung dan barut saiznya agak kecil di pasaran.

Cerita kali ni pasal kain bedung baby.  Nak mudah beli aje kain lampin anakku lepas tu bedung. Tapi customer ni memang nak saiz yang besar supaya nanti beli baby dah besar sikit boleh jadi selimut. Baby biasanya dah sebulan tu memang tak boleh duduk diam, tangan keluar, kaki keluar. Sekejap je dah terlerai. 

Err, bear tu hanya props yea. Tengah duduk dengan selesanya diatas kain kapas putih yang nak dibuat bedung tu.






























Fabrik putih saya tambahkan piping tepi supaya lebih berseri. Lebar dan panjang adalah dalam 1 meter supaya boleh dijadikan selimut bila baby sudah besar sikit.


























Adi Marzuqi sedang buat Quality Checking.


































































The End......👶

No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.