Showing posts with label Decoration. Show all posts
Showing posts with label Decoration. Show all posts

Thursday, March 16, 2017

sarung bantal dan bantal peluk

Sudah selesai cara-cara membuat cadar fitted sheet pada 2 minggu lepas mari kita tengok pula bagaimana hasilnya. 

Dah siap pun, dah boleh pakai pun.  Saje je saya gunakan 2 tona berbeza iaitu putih dan biru tetapi corak cadar sama. Macam baju lain & kain lain. Jahit sendiri macam-macam corak boleh dipraktikkan.




















Ini merupakan pandangan belakang daripada sarung bantal tersebut. Setiap sarung bantal di HomeSewingDesign dilengkap kan dengan zip supaya tidak mudah tercabut.








































Bantal peluk pun dibuat dengan konsep yang sama iaitu mengelakkan tercabut, saya pasang zip. Bantal peluk yang sarungnya selalu sangat terkeluar sebab tali pengikat diatasnya suka tercabut.


Mudah...tak perlu selalu pasang balik.

Wednesday, October 5, 2016

Alas meja Hol daripada IKEA

Asalnya saya beli meja sisi HOL daripada IKEA ni kerana gemarkan bentuknya yang multi purpose. Selain daripada boleh dijadikan meja sisi, HOL ini juga boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang. Bagi yang besar ini adalah bersaiz 100 cm panjang dan 50 cm lebar. Bagi yang kecil pula adalah bersaiz 50 cm lebar dan 50 cm panjang.

Malangnya bila dah lama-lama menjadi tempat pengumpulan habuk. Mula lah memikir bagaimana nak kurangkan habuk yang masuk melalui lubang-lubang tu terutamanya bulu-bulu kucing. Penyelesaiannya adalah membuat alas didalam meja HOL tu. 

Gambar sebelum alas dibuat. 

Punya lah banyak bulu kucing dan habuk yang memerangkap. Ada Biography Tun M, my idol!Koleksi buku-buku yang perlu disusun dan dibersihkan.


















Gambar selepas alas dibuat. 

Nampak lebih kemas dan harap-harap tidak dimasuki habuk. Kapasiti panjang 100 sm x 50 sm lebar.




Monday, June 24, 2013

Pembahagi ruang

Tujuan utama "make over" pembahagi ruang ini adalah untuk menggantikan fabrik berwarna putih yang sering dicakar kucing.

Pic 1: Fokus kan pandangan anda pada fabrik putih tu yang dibelakang, bukan kucing yang sedang posing tu. Itu merupakan fabrik asal daripada kedai. Fabrik itu mudah carik jika terkena kuku kucing.              















Disebabkab tuan punya barang minta saya yang pilih, So saya fikir konsep merah putih adalah yang terbaik. Saya kekalkan warna putih sebab mampu menjadikan ruang lebih besar. Fabrik putih tu saya lapiskan 2 sebab harap-harap mampu bertahan denga kuku kucing.Manakala yang merah tu pula saya pilih LENDA daripada IKEA, harga RM25.90 se meter.  Semuanya saya buat daripada fabrik yang tebal, harap-harap mampu bertahan lama

Pic 2 - Saya letakkan di atas coffee table untuk mendapatkan close-up dengan lebih jelas. Rupa - rupanya boleh dijadikan lapik meja juga.         

























Pic 3-  Gambar closed up sulaman yang saya buat, serupa dengan corak fabrik putih sebelah supaya fabrik merah tidak nampak kosong



                    




























Pic 4 - Gambar keseluruhan fabrik pembahagi ruang sebanyak 4 keping. Warna merah dan putih diselang selikan.

Gambar 5 & 6, Fabrik telah dilekatkan menggunakan pelekat Valcro. Jadi fabrik boleh dicuci atau diganti berbanding fabrik asal yang dilekatkan terus pada kayu.



Thursday, September 27, 2012

Interior style - part 2


Pada topik yang lepas saya menulis tentang kegemaran hiasan dalaman saya, iaitu gaya scandinavia kerana penataan yang ringkas dan nampak  bersih.  Terkadang, terdetik dihati saya, apakah sebenarnya gaya penataan rumah melayu yang moden. Selalu gaya rumah melayu asli adalah rumah kayu, perabot kayu, ukiran kayu yang berkerawang, tetapi bagaimana dengan penataan melayu moden.  






Malay style
Sumber:imakubex.iluvislam.com








English style:













Chinese style











Japanese style
Sumber:trendszine.com













Bali style
Sumber:interiorarcade.com














Mediterranean style
Sumber:debbie-debbiedoos.com













Minimalist style
Sumber:designindoor.com














Zen style
Sumber: naurahomedesign.com








Biasanya yang popular adalah gaya Inggeris, Oriental ..Cina dan Jepun, gaya korea belum lagi,..mungkin lepas Gangnam style popular ada gaya korea. Gaya Mediterranean, gaya Zen, Minimalist, Bali ...dan ada juga gaya lain yang mungkin saya tidak tahu. Apa-apa pun bagi saya gaya penataan bergantung kepada “taste” dan juga ketebalan poket. Saya juga berminat dengan ruang yang ada gaya penataan tapi harus dibuat berdikit-dikit kerana poket yang kurang tebal.

Bagaimana dengan penataan yang tiada gaya apa-apa tetapi hanya cenderung kepada citarasa tuan rumah sahaja. Saya ingin bercerita mengenai rumah kakak saya, dimana saya fikir gayanya adalah kepada apa yang diinginkan. Saya melihat dinding rumah dihiasi dengan banyak foto-foto besar  keluarga, aksi anak-anak  dalam pelbagai gaya. Mungkin kerana pengaruh suami yang bekerja didalam bidang fotografi yang  memungkinkan gambar-gambar berikut dapat diambil dalam keadaan yang nampak hidup dan cantik.  Saya nampak barisan anak patung kecil-kecil yang dibeli daripada IKEA yang disusun kemas diruang tamu, saya fikir itu adalah patung mainan anak-anaknya, memandangkan anak-anak beliau yang masih kecil.  Tetapi menurut katanya anak-anak patung itu adalah merupakan sebahagian daripada hiasan rumah, kerana dulu pada zaman kanak-kanak tidak berkemampuan untuk membelinya. Jadi sekarang mungkin kerana sudah berkemampuan dan walaupun sudah terlebih usia, beliau tetap membelinya.

Ya, satu kemampuan  dan satu lagi  penawaran pasaran. Dulu barang hiasan rumah tiada variasi dan juga hiasan rumah bukan satu gaya hidup. Ada almari lauk, meja makan dan set sofa rotan sudah cukup baik. Kabinet dapur???, itu pun benda baru. Macam mana boleh masuk dalam kehidupan kita sekarang dan juga kabinet dapur umpama perabot wajib disetiap rumah saya kurang pasti. Sedar-sedar saya pun mahu kabinet dapur juga.

Kemudian saya terfikir apakan kecenderungan saya.  Lulusan perakaunan,  takkan lah saya nak gantung P/L pulakkan??, suami ....ikut sajalah kecenderungan saya. Saya  duduk di kawasan perumahan baru, jadi banyak bertandang majlis doa selamat dan sebagainya. Kerapkali saya melihat lukisan cat minyak sebagai penyeri dinding. Hmmm....lukisan sebagai penyeri dinding, satu idea yang baik. Tetapi saya kurang pasti mahu gambar apa. Kebiasaannya saya suka “survey “ dulu. Daripada situ saya tahu rupanya lukisan asli dan tidak asli.  Saya berkunjung ke Galeri Lukisan di SACC dan pemiliknya menerangkan lukisan sebenarnya satu cara menghayati seni dan juga satu konsep pelaburan.  Menghayati seni saya pernah dengar tetapi konsep pelaburan saya agak kabur. Menurut beliau pembeli mesti meneliti karya-karya pelukis yang sedang meningkat naik, kerana pada permulaan karier lukisan ini dijual dengan harga yang agak murah. Tetapi jika pelukis itu kemudiannya terkenal serta menerima pelbagai anugerah, harga lukisan itu akan meningkat setanding dengan nilai pelukis itu sendiri. Seperti  Datuk Ibrahim Hussein, nilai harga lukisannya makin meningkat.Begitu rupanya, tapi maklumat itu hanya tersimpan kemas dan jadi pengetahuan sahaja kerana lukisan asli yang begitu kecil harga bermula daripada RM4,000. Bukan saya tidak menghargai seni, tetapi saya belum sampai ke tahap itu lagi.



Lukisan The Fighting Cockerels
Sumber:http://mstar.com.my/mingguan/cerita.asp?file=/2012/9/18/mstar_mingguan/20120918214432&sec=mstar_mingguan

Jadi, berbalik kepada pengamatan pertama...lebih baik saya hasilkan sesuatu mengikut kecenderungan saya.  Mungkin hasil jahitan saya menarik untuk dibingkaikan dan menjadi penyeri dinding. Rekabentuk  dan warna sudah pasti tetapi peringkat perlaksanaan masih samar lagi. Mungkin juga di masa depan mahu menghasilkan quilt berciri malaysia....gambar wau, durian..., ayam jantan...(and the list go..on..on...on).


Monday, September 3, 2012

Sarung kerusi makan

Bagaimana mahu menukar rupa kerusi  lama kepada yang baru tanpa melibatkan kos yang besar. Salah satu caranya ialah dengan menukar fabrik tersebut.  Saya memilih fabrik daripada ikea iaitu SOFIA yang berharga RM25.90 semeter untuk tujuan tersebut. Fabrik ini telah lama saya beli kerana jika bershopping di ikea  dan terjumpa fabrik yang berkenan baiklah terus dibeli kerana jika datang dikemudian kali mungkin sudah kehabisan stok ataupun fabrik tersebut sudah tidak dijual lagi. Saya memilih SOFIA  berjalur hijau untuk menaikkan seri ruang kerana rumah didominasi oleh warna hitam, coklat dan kuning.

Sarung kerusi lama

Sebelum ini  saya hanya membuat sarung pada bahagian kusyen sahaja, tetapi teringin pula untuk membuat sarung kerusi  penuh memandangkan yang penuh tersebut lebih cantik dan nampak "proper". So, kenalah bereksperimen dan belajar membuatnya terlebih dahulu. 

Setelah meneliti beberapa aspek jahitan maka saya pun memulakan projek. Sebanyak 6 meter kain diperlukan untuk membuat sarung kusyen dan juga alas meja.

Lihat hasilnya - saya rasa mampu mengubah ruang supaya menjadi lebih cerah dan nampak "awesome".

















Mari kita lihat beberapa gambar yang memaparkan aksi kanak-kanak gembira dimeja makan.(Dining table with a model)


















Sarung ini mempunyai kusyen dibahagian tempat duduk (diletakkan basting ) supaya lebih selesa ketika menjamu selera.

Kelemahannya sarung kusyen putih menyebabkan kekotoran cepat lekat, terutamanya anak-anak yang suka makan nasi kicap dan jugak coklat. Tetapi ia juga mampu membuatkan ruang nampak lebih berseri dan cerah mata memandang. Selepas ini saya mungkin akan membuat satu set lagi sarung kusyen menggunakan fabrik SARALISA  (fabrik corak kipas) mungkin untuk  4 kerusi dan 2 kerusi lagi menggunakan DITTE hitam. DITTE hitam khusus untuk anak-anak duduk sambil makan   nasi kicap mereka.Tujuannya perlu ada 2 set, satu basuh dan satu lagi pakai.


Harga pasaran : RM40 per cover
Jika satu set termasuk alas meja 
untuk 6 orang adalah RM300.


Sunday, July 29, 2012

Interior Style

What is the style of your home? English, Bali, minimalist, retro or just  buy favourite furniture. I noticed that most of  Malaysian like English style. It is flowery, look like a garden to me but I think is quite expensive because this style have lots of decorative items. However it is all about taste.
I  prefer Scandinavian style. Maybe because I like IKEA. This style for me look clean, functional and affordable. Buy only few decorative items as home accessories.


Here ,..I put pictures on the Scandinavian style. 

Sources from: home-designing.com



Sources from: freshome.com

Sources : home-designing.com

Currently I'm in the making of transfer my home to have fresh new look. It involved more D.I.Y stuff, since decorating house need a lot of budget and time I did it progressively. My concept more on the fabric based, since this is my favourite subject currently.