About me





















Assalamualaikum  &  selamat sejahtera semua. Sudah hampir 6 tahun blog HomeSewingDesign beroperasi. Rasanya telah sampai masanya untuk HomeSewingDesign mengemaskinikan konsep blog dan juga produk.

Kepada semua pembaca dan juga yang telah membuat tempahan, HomeSewingDesign mengucapkan terima kasih. Sudi-sudikanlah untuk menjengah blog yang tak seberapa ni. Untuk tahun tahun seterusnya ini saya berazam untuk memperbanyakkan lagi entry. Baik daripada produk, tutorial dan juga idea. 

Saya juga cuba untuk menjaga keaslian blog ini dimana gambar dan tulisan adalah hasil asal daripada saya. Bagi yang bukan saya telah kreditkan sumber mana saya mendapatkan maklumat tersebut.  Bagi pihak yang berminat untuk mengambil sumber daripada blog ini saya juga mohon anda melakukan perkara yang sama.

Produk HomeSewingDesign merupakan produk handmade dan juga custom made. Selain daripada produk sedia ada yang dipaparkan menerusi blog,...jika pembaca ada konsep dan idea sendiri sila e-mel di masween75@gmail.com. HomeSewingDesign akan membuat lakaran terlebih dahulu bagi produk tersebut.

Fabrik-fabrik yang digunakan di HomeSewingDesign adalah merupakan seleksi pilihan daripada fabrik-fabrik daripada IKEA dan juga  juga Japanese cotton. Saya menggunakan fabrik yang berkualiti supaya produk nampak lebih cantik, warna yang tidak pudar dan lebih tahan lama. 

HomeSewingDesign beroperasi di residen Canting, Alam Impian Shah Alam.

💔Feel free to contact  at 016-2177498 
💚 e-mail  me at masween75@gmail.com for any queries.
💙  Visit IG  HomeSewingDesign.


TQ...
Masween