Projek Goodie bag ini adalah untuk anak bujang yang menyambut harijadi di pra sekolah Little Caliph Alam Impian. Setiap tahun biasanya kami sekeluarga akan menyambut secara kecil-kecilan. Acara makan kek (biasanya yg paling kecil dalam kedai- selalunya Bakers Cottage) dan juga memberi goodie bag kepada kawan-kawan.
Design agak girlish kerana material dan corak fabrik dipilih oleh mamanya. Design juga agak simple dimana goodie bag ini dijahit kepada 2 bahagian dimana bahagian fabrik putih menggunakan material fabrik "DITTE" daripada ikea. Supaya tidak kosong goodie bag ini dihiasi dengan 2 biji butang comel pelbagai corak. Bila sudah siap macam rupa agak country dan english. Memang tujuan saya begitu kerana saya cuma mahukan sesuatu yang sweet dan ringkas. Ok, apa pula isi goodie bag itu? Toys yang ringkas seperti belon buih, air kotak milo dan juga coklat serta biskut (handmade ok) yang saya tempah khas dari kawan.
Kalau hendak membuat goodie bag untuk si abang, yang sudah masuk alam persekolahan, lain pula citarasanya kerana sudah pandai memilih. Warna pink macam sudah jadi pantang kepadanya. Agaknya siapa lah yang memulakan trend menetapkan kod warna merah jambu untuk perempuan & biru untuk lelaki.
Jika berminat untuk membuat tempahan goodie bag samada untuk majlis harijadi, perkahwinan ataupun sebagainya bolehlah menghubungi saya. Design sesedap citarasa anda..bermula daripada RM4.00 dan ke atas.