Monday, May 30, 2016

Membuat langsir tali pipih (curtain cafe)


Langsir tali pipih atau pun curtain cafe adalah merupakan salah satu pattern langsir idaman saya. Daripada dulu lagi saya bercita-cita untuk membuat langsir untuk pattern ini. Daripada pengamatan saya langsir ini biasanya digunakan di restoran yang berkonsepkan cafe makanan barat dimana biasanya menggunakan corak kekotak hijau atau merah. Langsir biasanya digantung separuh  menggunakan fabrik sepanjang 1 meter.


Kali ini saya menggunakan fabrik ala-ala tema Perancis bagi langsir tali pipih. Selain warnanya yang merah sesuai dengan kabinet dapur, saya beli sebab ada SALE!!!!. Satu lagi elemen terpenting  dalama pemiihan fabrik. It was last 1 metre in the shop, so I pick it up. Hajat dihati nak beli kain yang ada corak pinggan & mangkuk (ala-ala English style) tapi disebabkan oleh warnanya yang kusam dan harganya yang mahal...hajat murni itu dilupakan, berdasarkan keadaan bajet dipoket pada waktu itu.

Hari ni ceritanya simple aje. Bagaimana nak buat tali pipih tu. Sebab bab itu lah yang paling tricky sekali. Kalau setakat kelim tepi langsir tu rasanya ramai yang dah lebih dari expert.

Sebelum ini  pembentukan tali pipihi saya gunakan renda yang lebar. Pilih renda yang sedia ada dipasaran, lipat 2 dan terus jahit. Tapi kali ni saya mahu buat daripada scratch

Langkah 1:

Bahagikan bidang langsir dengan tali pipih.

Kelim fabrik dikiri-kanan terlebih dahulu. Selepas itu bahagikan lebar fabrik dengan bilangan tali pipih yang mahu dijahit. Dapatkan ukuran setiapn tali pipih terlebih dahulu.

Contoh: 150 sm lebar kain yang telah dikelim..bahagikan dengan 7 tali pipih. Dalam konteks ini setiap tali pipih yang saya buat adalah berukuran 20 sm lebar dan 40 sm panjang. 

Langkah 2

Tali pipih yang telah dipotong siap. Saya menggunakan warna senada keseluruhan merah untuk digandingkan dengan fabrik yang latar belakangnya merah dan dihiasi dengan tulisan putih.

Pada mulanya saya mahu membuatkan tali pipih itu berwarna putih. Tetapi hasilnya tidak masuk dan menjadi terlalu kontra.






































3. Langkah 3.

Tali pipih itu saya gunakan pita pelekat. Saya gemar menggunakan pita pelekat berbanding butang kerana pita pelekat lebih mudah. Butang anda perlu jarak yang tepat diantara lubang butang dan juga butang bagi melekatkan butang menjadi cantik dan kemas.






































4. Langkah 4

Tali pipih yang telah selesai dijahit






5. Ulangi langkah menjahit tali pipih tersebut sehingga selesai

Gambar seterusnya adalah gambar langsir  yang telah selesai dijahit ksesemua tali pipihnya. Mudahkan!. Gambar langsir yang digantung tiada, tunggu RAYA!!!