Sunday, October 30, 2016

My small perfume pouch

This is the last day of the day. As calculated by "them"...it was 16 years. I'm having all the sort of emotions in this place - sweet, bitter, sad or anything you can named it. Some where, some how the journey was ended up here. The decision should be made. It might be the worst thing happened to you or the best thing you have, depends on what you do after this.

However my sharing is about  my little gifts and thoughts for you guys. We spent 12 years together, We shares stories, jokes, problems or just telling opinion. The ugly and gloomy of Block 9 ...but it brings warmth to my heart. It just time had changed and I really need to make my move.

I made it really personal for you guys..My hand writing  there with the names that I used to call you. I really appreciated true friendship which is based on sincerity rather than who you are or what you have.

Small Gifts :

Saturday, October 29, 2016

Cara membuat cenderamata daripada fabrik - uncang minyak wangi

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat "sachet" perfume.





































Bahan-bahan yang diperlukan:


1. Fabrik burlap setiap satu dipotong 6 inci  lebar dan 9 inci panjang.
2. Fabrik putih (untuk tulisan nama ditangan)

3. Renda hitam.
4. Puncher fabrik (boleh diperolehi  diSpotlight berharga dalam RM130 tetapi              sangat berbaloi.(must have  ITEM !)
5. Gegelung Puncher - (boleh diperolehi di kedai jahit).
6. Tali untuk menggantung.
7. Bebola perfume - daripada Lovely Lace(berharga RM20.00 sebotol dan jumlah             bilangan bebola adalah 30 biji.

CARA MEMBUATNYEE..

1. Potong kain fabrik dalam ukuran 6 inci lebar dan 9 inci panjang.





































2. Tekap bentuk bulatan  dan tulis nama . Gunakan marker khusus untuk fabrik supaya tulisan tidak kembang.




































3. Jahit tepi fabrik burlap tersebut dan kelim bahagian atas dan bawah
4. Jahit pula fabrik putih tersebut (yang dibuat bulatan).



































5. Setelah itu lekatkan renda yang berwarna hitam tersebut.
6. Terbalik kan fabrik tersebut dan gosok fabrik burlap tersebut untuk kelihatan lebih kemas.

















7. Kemudian jahit kiri kanan fabrik untuk membentuk uncang.
8. Setelah itu terbalikkan fabrik tersebut






































9. Masukkan bebola pewangi tersebut. Bebola itu telah pun mempunyai wangian yang tersendiri. Saya tambahkan dengan pewangi yang sama supaya baunya lebih kekal.



































10. Jahit bahagian atas uncang tersebut.
















11. Setelah dimatikan jahitan ..supaya bebola tersebut tidak bergolek-golek keluar, boleh lah menggunakan puncher fabrik yang berwarna biru tersebut. 




































12. Kemudian sematkan gegelug yang berwarna emas tersebut dan tekan kembali menggunakan fabrik puncher tersebut.







































































13. Bolehlah dipasangkan tali mengikut panjang tali dan warna berdasarkan kesesuaian dihati.

HASILNYA.....DISUSUN UNTUK SESSI PHOTO SHOOT




Saturday, October 22, 2016

Kusyen hiasan Handmade - (siri 1)


Produk-produk HomeSewingDesign dihasilkan secara hand-made dan eksklusif. Biasanya hanya satu atau 2 design sahaja yang dihasilkan untuk setiap keluaran.  Rekabentuk yang adalah menggunakan dengan manik, benang sulam, renda, reben ataupun gabungan patchwork yang ringkas. Sarung bantal tersebut biasanya menggunakan fabrik kapas sebagai material kerana fabrik kapas tahan lasak dan selesa. 
Sarung bantal kusyen hiasan ini juga menggunakan zip dibahagian belakang supaya lebih kemas dan tidak mudah  tanggal. Saiz sarung adalah berukuran 48 cm x 48 cm. Harga adalah didalam RM15 - RM30 bergantung kepada kualiti fabrik dan juga jahitan hiasan. Jika ada yang berminat bolehlah menempah berdasarkan hiasan yang di idamkan ataupun konsep rekaan daripada HomeSewingDesign.Sarung bantal ini juga boleh ditempah secara berpasang (pair) mengikut kuantiti yang diingini.



Decorative kusyen  dengan hiasan bunga ros daripada  fabrik kapas.













Fabrik lembut di hiasi dengan  corak bunga lapan daripada fabrik 'American Cotton'.

Bantal berbentuk bulat, potongan kain segi lapan.  Boleh dibasuh kerana didalamnya ada sarung  berasingan  yang diisi dengan Poly Filing.

Bantal fabrik kapas berwarna putih dihiasi dengan applique fabrik bercorak. Untuk menambah seri digabungkan dengan manik putih di keliling bulatan.




















Renda berwarna coklat dihiasi dengan manik-manik warna puth disusun secara menegak. Boleh juga diletakkan secara melintang, brdasarkan citarasa anda.
Renda yang sama tetapi dijahit  secara berkelompok. Masih mengekalkan manik-manik putih yang dijahit untuk menaikkan seri
Fabrik daripada American Cotton dijahit renda dengan fabrik yang senada. Fabrik yang lembut dan warna yang ceria. Hanya memerlukan hiasan yang minimum.
Perincian untuk patchwork. Lebihan fabrik digunakan untuk mereka sarung bantal ini. Bagaimanapun warna mestilah dalam palet warna yang sama untuk menampilkan sisi yang ringkas dan berseri.
T

Teringin untuk merekabentuk warna yang tidak lapuk ditelan zaman...putih dan hitam. Cuba untuk lari daripada kebiasaan ...Tanah  putih bertulisan hitam di padankan dengan jalur hitam putih yang halus.

Bagi rekabentuk diatas jahitan dalam bentuk numeric. Mudah mengecam nombor rumah daripada jauh.
Bantal berbentuk envelop. Menggunakan kuning mustard  dan dihiasi dengan jalur ringkas. Butang berira kayu menjadi pilihan

Wednesday, October 5, 2016

Alas meja Hol daripada IKEA

Asalnya saya beli meja sisi HOL daripada IKEA ni kerana gemarkan bentuknya yang multi purpose. Selain daripada boleh dijadikan meja sisi, HOL ini juga boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang. Bagi yang besar ini adalah bersaiz 100 cm panjang dan 50 cm lebar. Bagi yang kecil pula adalah bersaiz 50 cm lebar dan 50 cm panjang.

Malangnya bila dah lama-lama menjadi tempat pengumpulan habuk. Mula lah memikir bagaimana nak kurangkan habuk yang masuk melalui lubang-lubang tu terutamanya bulu-bulu kucing. Penyelesaiannya adalah membuat alas didalam meja HOL tu. 

Gambar sebelum alas dibuat. 

Punya lah banyak bulu kucing dan habuk yang memerangkap. Ada Biography Tun M, my idol!Koleksi buku-buku yang perlu disusun dan dibersihkan.


















Gambar selepas alas dibuat. 

Nampak lebih kemas dan harap-harap tidak dimasuki habuk. Kapasiti panjang 100 sm x 50 sm lebar.




Bantal burlap

Bila tengok dalam internet, cantik sungguh bantal kain burlap ni jika  diolah dan di hiaskan dengan ringkas.  Ada pelbagai kegunaan burlap.  Diletakkan pot pourri, menjadi pasu dan juga sebagai bantal hiasan. Sedang berkira-kira hendak mencari fabrik tersebut terjumpa pula kain tersebut di kedai menjual peralatan menjahit di Seksyen 18, Shah Alam. Ada 2 jenis farbrik burlap, yang agak kasar dan juga yang lembut sedikit (Yang ini jalinan fabriknya  agak rapat-rapat). Dijual pada harga RM8 se meter. Bidangnya hanya 50 cm. 

Selain daripada dijual  per meter, fabrik tersebut juga boleh djual segulung (1 Roll) berharga RM40.00. Lupa pula nak bertanya kalau bei 1 roll jadi berapa meter kerana tak sangka boleh jumpa fabik burlap ni di kedai seksyen 18 je.

Untuk projek kali ini saya hiaskan dengan renda ringkas aje. Biar kusyen saya tampik manis. Fabrik burlap ini juga sensitif, jangan tersalah jahit. Kerana jika mahu menetas kembali jalinan benang akan membuat  fabrik tersebut terkoyak. 


Jom layan penghasilan sarung bantal daripada fabrik burlap ini
.