Ini adalah merupakan posting terakhir bagi tahun 2016 ini. Tahun yang penuh dengan cabaran dan juga merupakan tahun ke 6 HomeSewingDesign beroperasi.
Posting pada kali ini adalah merupakan sarung bantal kanak-kanak yang dibuat khusus kerana ada nama pada sarungnya . Tak boleh share yea!
Kebelakangan ini saya menggemari nuansa warna yang berwarna cerah. Jadi banyak palet fabrik berwarna cerah yang ada didalam simpanan saya.
Asalnya sarung bantal untuk adik fabrik merupakan pilihan saya kerana si adik masih berstatus "toddler". Kakak juga ada citarasa yang tersendiri apabila memilih fabrik bermotif singa dan gajah berwarna oren. Jangan sangka kanak-kanak tiada taste!
Sarung bantal untuk adik.
Si kakak juga tidak mau ketinggalan!