Thursday, February 23, 2017

Wedding pillow

Bantal handmade dengan renda bentuk love dan bertulis nama pengantin ini khas untuk sahabat yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan hujung Januari lalu. Sebagai seorang yang memang gemarkan barangan yang lain daripada yang sedia ada di pasaran, saya cuba untuk buat sesuatu yang berbeza dan juga sesuatu yang betul-betul khusus untuk pengantin.


Bantal ini juga tidak boleh dipisahkan kerana jika tidak bentuk love ini tidak akan sempurna. Ada jahitan tangan manik-manik kecil sebagai penyeri, tetapi tidak terlalu sarat kerana saya cuba buat seringkas mungkin. Renda itu sendiri sudah cukup menampilkan hiasan bantal tersebut.

Fabrik warna turqoise  saya gunakan America Cotton daripada Gedung Spotlight kerana tidak mengecut dan berbulu apabila di basuh. Tulisan nama itu juga menggunakan marker khas supaya tidak hilang dan comot.


Wednesday, February 15, 2017

Beg kecil 3 segi

Triangle Pouch Bag adalah carian nama barangan  ini di internet. Comel, handy  dan bergaya membuatkan  saya tertarik untuk mempelajari cara membuatnya dan seterusnya menghasilkan dalam fabrik versi saya sendiri. Beg kecil ini berukuran sebesar saiz tapak tangan dewasa.

Saya memilih untuk menghasikan dalam  4 tema iaitu batik, fun (corak kartun), feminine (rona pink & bunga) serta elegance (hitam). Setiap satu berharga  sekitar RM10 manakala bagi yang hitam berharga RM12 kerana didatangkan bersama dengan zip yang mempunyai butiran batu kristal dihujungnya.

Sesuai untuk dijadikan cenderahati majlis perkahwinan atau pun yang berkaitan, ataupun boleh dijadikan kegunaan sendiri. Tak perlu membawa "wallet" yang besar dan sebagainya jika mahu ke kantin tempat kerja.  Bagi tempahan yang melebihi 30 unit diskaun istimewa boleh diberikan.

Beg kecil ini juga boleh dijadikan rantai kunci.