Saturday, March 18, 2017

It's pillow Again!

Yeay....

Siap sudah bantal yang saya hasilkan dalam pelbagai saiz dan menggunakan pelbagai corak. Fabrik yang saya gunakan untuk setiap bantal adalah cotton manakala isi dalam bantal adalah fiber untuk hasil yang lebih tahan lama kerana fiber tidak akan mengecut 
seperti kekabu.

Bantal-bantal ini didatangkan didalam 3 saiz iaitu:

1. Bantal kusyen hiasan bercorak harimau.
    Saiz bantal 48 cm x 48 cm






































2. Bantal kanak-kanak dengan fabrik motif kartun
     (Saiz : 46 sm lebar x 33 sm panjang)





































3. Big Round Pillow
    (Ukuran keliling 80 sm diameter, bantal  untuk melepak sambil menonton tv), Kucing pun 
    berkenan!.







































Closed up semua bantal setuju untuk bergambar serentak.



Thursday, March 16, 2017

sarung bantal dan bantal peluk

Sudah selesai cara-cara membuat cadar fitted sheet pada 2 minggu lepas mari kita tengok pula bagaimana hasilnya. 

Dah siap pun, dah boleh pakai pun.  Saje je saya gunakan 2 tona berbeza iaitu putih dan biru tetapi corak cadar sama. Macam baju lain & kain lain. Jahit sendiri macam-macam corak boleh dipraktikkan.




















Ini merupakan pandangan belakang daripada sarung bantal tersebut. Setiap sarung bantal di HomeSewingDesign dilengkap kan dengan zip supaya tidak mudah tercabut.








































Bantal peluk pun dibuat dengan konsep yang sama iaitu mengelakkan tercabut, saya pasang zip. Bantal peluk yang sarungnya selalu sangat terkeluar sebab tali pengikat diatasnya suka tercabut.


Mudah...tak perlu selalu pasang balik.

Wednesday, March 1, 2017

cara membuat cadar "fitted sheet"

Disebabkan banyak kali buat cadar kebelakangan ini, saya kongsikan cara-cara pembuatan cadar untuk katil single. Semoga bermanfaat.


1.  Bidang fabrik (lebar fabrik)  sangat penting dalam pembuatan cadar. Ia menentukan          samada fabrik perlu di sambung atau tidak. Fabrik cadar bidang besar boleh
     diperolehi di Tewah Shah Alam dan juga Jakel.

2. Ambil ukuran fabrik. Biasanya untuk katil single...ukuran diatas bagi permukaan katil 
    adalah 95 sm lebar x 190 sm panjang. Berdasarkan pada ketebalan tilam, perlu                 menambah 25sm panjang (ataupun 8 inci) bagi setiap penjuru lebar dan dan panjang. 
  


 

































3. Disini bidang kain adalah penting. Jika kain adalah lebar contohnya seperti 150
cm   maka tidak perlu sambungan. Jika bidang kecil, sambungan adalah perlu 
supaya  cadar elok cantik terletak.



4. Jahit keempat-empat penjuru cadar tersebut.





































5. Setelah dijahit keempat-empat penjuru tersebut cadar anda harus kelihatan begini.





































6. Potong tali elastik sepanjang 20 cm. (Boleh diperolehi di kedai jahit). Jahit kan tali elastik tersebut sebanyak 40 sm di sebelah penjuru cadar & 40 sm di sebelah penjuru satu lagi, bermula dengan 4 penjuru yang telah anda jahit tadi.  Gunakan baby pin untuk menarik tali elastik tersebut dan memudahkan kerja anda.











































































































7. Kedut cadar setelah dimasukkan tali elastik dan juga telah dijahit.


😇 Selamat mencuba.....ringkas aje kan.