Monday, April 10, 2017

bantal bulat besar

Saya memang sudah lama  berminat nak buat bantal bulat besar-besar ni. Selain menyerikan ruang tamu ia juga boleh dibuat teman bermalas-malasan yang paling best.

Selain daripada bantal bulat yang berwarna terquoise (dalam posting sebelum ini)  kali ini saya buat corak jalur-jalur pelbagai warna dan bantal bulat warna peach supaya  mudah dipadankan dengan tona warna dekorasi rumah.

Saiz bantal ini adalah 80 cm diameter. 
Isi bantal adalah daripada fibre..  & tidak akan mengecut.
Material adalah daripada cotton
Butang yang ditengah itu adalah daripada corak ira kayu.


Bantal ini sesuai untuk dekorasi rumah gaya Scandinavia dan juga kasual.


Bantal bulat jalur berwarna- warni























Bantal bulat corak jalur warna peachy.













































Bantal semasa proses suntingan dan pembuatan.