Saturday, January 25, 2014

Peralatan jahitan

Bulan January 2014 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Permulaan tahun baru ini saya sambut dengan membeli barangan keperluan jahitan yang telah lama saya idam-idamkan. Tanpa peralatan jahitan ini sebenarnya kerja  masih boleh juga dilakukan tapi dengan peralatan akan menjadi lebih pantas dan kemas.
5 peralatan yang diharap dapat menolong kerja-kerja menjahit.















Peralatan pertama...memudahkan dalam pembuatan pom-pom. Sebelum ini saya telah mencuba membuat pom-pom secara manual tetapi malangnya tidak menjadi. Teringin sekali hendak menjahit pom-pom disekeliling sarung bantal terutamanya produk kanak-kanak.
















Eraser pen...memudahkan untuk memadamkan garisan-garisan yang telah dibuat menggunakan pensil warna.





















Ram jenama DMC. Sebelum ini saya telah pun beli ram biasa di kedai jahit. Tapi malangnya selalu kain selalu tercabut. Jadi kali ini saya melabur sedikit.


















Pembuat bias-tape. Hanya perlu potong fabrik yang dikehendaki dan seterusnya masukkan fabrik ke dalam peralatan ni untuk membentuk piping yang diperlukan, cara manual saya potong fabrik, lipat 2 dan seterikakan.

















Pembuat bunga kait. Disebabkan mengait ialah kemahiran yang tidak saya miliki, dan selalu membeli bunga kait daripada IKEA, untuk jimat kos dalam jangka masa panjang flower maker ini diharap dapat membantu saya dalam membentuk bunga idaman.

















Diari tahun 2014. Tiada kaitan dengan pembelian diatas, cuma tertarik dengan corak bunga pasley dan saya merupakan peminat barangan alatulis terutamanya yang unik.

















Didalam diari ada panduan dan tips. 
Saja suka-suka menambahkan pembacaan.








Tuesday, January 7, 2014

No 49

Selamat Tahun Baru 2014.....


Sedar tak sedar 2014 sudah menjelang, alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. HomeSewingDesign mengucapkan selamat Tahun  Baru 2014...kepada semua pembaca semua. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta mendapat kekuatan fizikal & mental untuk mengharungi kehidupan yang makin lama makin mencabar ini.

Bagi pembuka lembaran tahun 2014, entry HomeSewingDesign yang pertama adalah bantal berhias. Bantal berhias adalah merupakan projek kegemaran saya kerana ringkas dan dapat disiapkan dengan segera. Saya juga gemar buat sendiri kerana biasanya apa yang dijual tidak menepati citarasa saya. Nombor  49 merupakan nombor rumah saya ....mana dapat di shopping mall. 

Nombor 49 itu dibuat menggunakan butang. Butang juga merupakan perhiasan kegemaran saya. Selalu saya applikasikan di atas bantal berhias dan juga table runner.

Pix 1- 




































Pix 2



































Pix 3

Saturday, December 7, 2013

Tempahan langsir

Tempahan langsir merupakan produk terbaru homesewingdesign. Konsep Langsir yang saya buat lebih kepada ringkas dan moden. Fabrik putih saya beli daripada ikea iaitu Lenda berharga RM19.90 p.meter. saya perhatikan makin lama makin banyak fabrik berwarna putih & kosong di IKEA. Mungkin kerana boleh mempelbagaikan kreativiti. 

Jahitan langsir ringkas tapi dihiasi dengan piping  oren & biru. Piping tersebut untuk melengkapi bunga - bunga kait dibahagian bawah. Bunga kait juga daripada IKEA memandangkan kemahiran tersebut sukar saya miliki walaupun telah beberapa kali mencuba. Setakat  kaitan tali air sahaja.

Rekabentuk langsir dibawah sesuai untuk bilik anak perempuan, sweet and simple.

Pix 1- keseluruhan langsir (labuh langsir 2 meter





































Pix 2 - Closed up piping jalur biru & merah pada kepala langsir


















Pix 3 - Closed up 3 daripada 5 bunga kait



















Anggaran harga keseluruhan : Fabrik, piping  dan bunga hiasan RM90 per panel



Monday, December 2, 2013

Tempahan sarung kerusi

Dalam sibuk -sibuk menyelesaikan banyak urusan dalam tahun ni sempat juga menyiapkan tempahan sarung kerusi makan. Berbanyak-banyak terima kasih kepada yang sudi menempah. 

Ada 2 jenis tempahan, satu  sarung untuk tempat sandar sahaja. Manakala satu lagi untuk keseluruhan kerusi.


Pix 1Pandangan daripada belakang kerusi. Pelekat valcro digunakan pada sisi sebelah kanan untuk membolehkan " customer" adjust sendiri  saiz sarung kerusi.



















Pix 2 - Pandangan daripada depan. Aksessori tambahan, bantal 4 segi.
 Tempahan bagi sarung kerusi penuh.

Bagi  sarung kerusi warna  diatas, saya menggunakan fabrik  LENDA berharga RM19.90 per meter. Manakala bagi sarung kerusi yang berwarna merah ini menggunakan fabrik daripada pelanggan.










Tuesday, November 12, 2013

sarung kusyen

Lama saya tak update blog mengenai tempahan terbaru. 3 posting terdahulu  ini saya lebih memfokuskan kepada tutorial.  Tempahan kali ini adalah merupakan sarung kusyen untuk seorang teman. Jadi temanya english dan warna kain adalah hijau untuk dipadankan dengan latar belakang cat rumah.

Fabriknya saya beli di Fabrik Fanatics, jenis  English cotton. Jadi disebabkan kain yang lembut dan coraknya agak sweet saya fikir designnya biarlah simple untuk menyerlahkan kecantikan kain.

Bantal yang berposing sakan - closed up





























Pandangan jauh ditemani bunga matahari hijau.






















Satu lagi sarung dihiasi ropol