Saturday, October 22, 2016

Kusyen hiasan Handmade - (siri 1)


Produk-produk HomeSewingDesign dihasilkan secara hand-made dan eksklusif. Biasanya hanya satu atau 2 design sahaja yang dihasilkan untuk setiap keluaran.  Rekabentuk yang adalah menggunakan dengan manik, benang sulam, renda, reben ataupun gabungan patchwork yang ringkas. Sarung bantal tersebut biasanya menggunakan fabrik kapas sebagai material kerana fabrik kapas tahan lasak dan selesa. 
Sarung bantal kusyen hiasan ini juga menggunakan zip dibahagian belakang supaya lebih kemas dan tidak mudah  tanggal. Saiz sarung adalah berukuran 48 cm x 48 cm. Harga adalah didalam RM15 - RM30 bergantung kepada kualiti fabrik dan juga jahitan hiasan. Jika ada yang berminat bolehlah menempah berdasarkan hiasan yang di idamkan ataupun konsep rekaan daripada HomeSewingDesign.Sarung bantal ini juga boleh ditempah secara berpasang (pair) mengikut kuantiti yang diingini.



Decorative kusyen  dengan hiasan bunga ros daripada  fabrik kapas.













Fabrik lembut di hiasi dengan  corak bunga lapan daripada fabrik 'American Cotton'.

Bantal berbentuk bulat, potongan kain segi lapan.  Boleh dibasuh kerana didalamnya ada sarung  berasingan  yang diisi dengan Poly Filing.

Bantal fabrik kapas berwarna putih dihiasi dengan applique fabrik bercorak. Untuk menambah seri digabungkan dengan manik putih di keliling bulatan.




















Renda berwarna coklat dihiasi dengan manik-manik warna puth disusun secara menegak. Boleh juga diletakkan secara melintang, brdasarkan citarasa anda.
Renda yang sama tetapi dijahit  secara berkelompok. Masih mengekalkan manik-manik putih yang dijahit untuk menaikkan seri
Fabrik daripada American Cotton dijahit renda dengan fabrik yang senada. Fabrik yang lembut dan warna yang ceria. Hanya memerlukan hiasan yang minimum.
Perincian untuk patchwork. Lebihan fabrik digunakan untuk mereka sarung bantal ini. Bagaimanapun warna mestilah dalam palet warna yang sama untuk menampilkan sisi yang ringkas dan berseri.
T

Teringin untuk merekabentuk warna yang tidak lapuk ditelan zaman...putih dan hitam. Cuba untuk lari daripada kebiasaan ...Tanah  putih bertulisan hitam di padankan dengan jalur hitam putih yang halus.

Bagi rekabentuk diatas jahitan dalam bentuk numeric. Mudah mengecam nombor rumah daripada jauh.
Bantal berbentuk envelop. Menggunakan kuning mustard  dan dihiasi dengan jalur ringkas. Butang berira kayu menjadi pilihan

Wednesday, October 5, 2016

Alas meja Hol daripada IKEA

Asalnya saya beli meja sisi HOL daripada IKEA ni kerana gemarkan bentuknya yang multi purpose. Selain daripada boleh dijadikan meja sisi, HOL ini juga boleh berfungsi sebagai tempat penyimpanan barang. Bagi yang besar ini adalah bersaiz 100 cm panjang dan 50 cm lebar. Bagi yang kecil pula adalah bersaiz 50 cm lebar dan 50 cm panjang.

Malangnya bila dah lama-lama menjadi tempat pengumpulan habuk. Mula lah memikir bagaimana nak kurangkan habuk yang masuk melalui lubang-lubang tu terutamanya bulu-bulu kucing. Penyelesaiannya adalah membuat alas didalam meja HOL tu. 

Gambar sebelum alas dibuat. 

Punya lah banyak bulu kucing dan habuk yang memerangkap. Ada Biography Tun M, my idol!Koleksi buku-buku yang perlu disusun dan dibersihkan.


















Gambar selepas alas dibuat. 

Nampak lebih kemas dan harap-harap tidak dimasuki habuk. Kapasiti panjang 100 sm x 50 sm lebar.




Bantal burlap

Bila tengok dalam internet, cantik sungguh bantal kain burlap ni jika  diolah dan di hiaskan dengan ringkas.  Ada pelbagai kegunaan burlap.  Diletakkan pot pourri, menjadi pasu dan juga sebagai bantal hiasan. Sedang berkira-kira hendak mencari fabrik tersebut terjumpa pula kain tersebut di kedai menjual peralatan menjahit di Seksyen 18, Shah Alam. Ada 2 jenis farbrik burlap, yang agak kasar dan juga yang lembut sedikit (Yang ini jalinan fabriknya  agak rapat-rapat). Dijual pada harga RM8 se meter. Bidangnya hanya 50 cm. 

Selain daripada dijual  per meter, fabrik tersebut juga boleh djual segulung (1 Roll) berharga RM40.00. Lupa pula nak bertanya kalau bei 1 roll jadi berapa meter kerana tak sangka boleh jumpa fabik burlap ni di kedai seksyen 18 je.

Untuk projek kali ini saya hiaskan dengan renda ringkas aje. Biar kusyen saya tampik manis. Fabrik burlap ini juga sensitif, jangan tersalah jahit. Kerana jika mahu menetas kembali jalinan benang akan membuat  fabrik tersebut terkoyak. 


Jom layan penghasilan sarung bantal daripada fabrik burlap ini
.

Sunday, September 18, 2016

Bantal bulat Polka Dot

Dah bosan buat bantal 4 segi, Moh kita buat bantal bulat. Idea ni tercetus sebab tengok betapa cantiknya bantal-bulat yang dihasilkan terutamanya melalui www.amybutlerdesign.com. Seriuosly, sangat gorgeous!. Setelah merasai sendiri pengalaman dalam membuat bantal bulat yang biasanya berwarna-warni ni, elemen terpentingnya adalah pemilihan fabrik untuk membuatkan bantal ini kelihatan ceria dan "oustanding".
Bantal bulat yang saya buat ini berkonsepkan sarung.Saya buat bantalnya dan juga sarungnya. Motif? supaya senang basuh. Diameter bantal bulat ni adalah  48 sm, iaitu lebih kurang dengan saiz bantal 4 segi yang biasa diperolehi di pasaran.

Bantal -bantal berposing 

Posing daripada tepi

Original - Dalam  bantal tanpa sarung



Monday, August 29, 2016

Sarung Bantal - Home Sewing Design


Idea ni datang semasa saya nak buat sesuatu berkaitan dengan logo. Sesuatu yang saya mulakan..dan daripada apakah ia bermula. Home Sewing Design sebenarya bermula daripada jualan bantal kekabu. Bantal kekabu biasa yang bersarungkan kain kapas putih. Dan kemudian di teruskan pula kepada Quilt, cadar, langsir, sarung kerusi dan lain-lain.

Applique tulisan dan juga hiasan pom-pom tu outsource. Saya tak buat sendiri. Cuma saya teringin nak jahit di atas fabrik berbelang hitam kerana mahu pun sedikit perbezaan, tidak mahu terlalu tipikal jahitan diatas kain kosong yang sudah semestinya berwarna putih. Saya sukakan unsur masculine didalam apa yang saya hasilkan, kecuali kalau dah ada customer mahukan specific design..ok, saya ikut saja.





















Bagi saya ringkas, ada unsur girlish sikit dengan pom-pom keliling. Tulisan applique tu saya beli di gerai SACC. Walaupun katanya boleh tekan dengan seterika....tapi supaya tulisan tak gugur satu persatu baiklah dijahit. Pom-pom tu beli di Spotlight, warna merah yang paling menarik hati saya.