Friday, September 20, 2013

Red Velvet Bed Sheet

Bukan kek sahaja yang ada nama red velvet, saya pun teringin nak namakan cadar ni red velvet. Asalnya kawan hanya minta dibuatkan cadar ropol yang kosong. Tapi saya teringin pula nak menambahkan sulam ditepi-tepinya dan renda yag ringkas. Saja, untuk menambahkan seri.

Set ini saya buat cadar saiz  Queen,  bersama dengan 2 sarung bantal saiz standard. Ada sulam ringkas ditepi ropol bantal. Manakala  cadar ini nya pula atas permintaan rakan saya buat labuh jadi tak nampaklah bawah katil. Fabrik pula favourite daripada IKEA iaitu DITTE berharga 9.90 semeter.

So...enjoy the picture dengan warna yang merah menyala-nyala ni yer.

 Bahagian sisi katil. Cadar dijahit labuh supaya tidak nampak barangan dibawah.


















 Ropol hias disekeliling sarung bantal.







Tuesday, September 17, 2013

Sarung Sofa Tullsta

Ini merupakan projek terbesar dan terbaru,.....Buat sarung kerusi sendiri. Kesimpulannya tak susah sangat dan tak senang sangat. Hanya perlukan masa dan berhati-hati semasa proses membuatnya supaya hasil kerja menjadi cantik.

Niat dihati memang nak nak buat sarung daripada fabrik bercorak supaya padan dengan tema warna rumah. Warna coklat, kuning dan hitam.  Sarung yang sedia ada dijual adalah kosong, mungkin kerana mudah hendak dipadankan dengan apa-apa tema warna sekalipun.

Fabrik yang dipilih adalah bernama Gurine Fabric berharga RM19.90 p/meter. Saya pilih sebab ada percikan warna kuning yang mampu menaikkan seri rumah. Mujur dah lama beli, rasanya kalau pergi sekarang saya akan pilih kain stockholm warna hijau daun dan juga stockholm kuning corak bulat-bulat. Beli saja dulu kemudian simpan, sebab saya selalu kecewa pergi stok kain yang saya minat habis.
Sedikit ingatan daripada saya, jika anda mahu menempah sarung sofa pastikan kainnya tebal. Elakkan daripada menggunakan kain langsir yang licin kerana kainnya mudah pecah dan juga si penjahit kain juga mudah stress kerana kain sukar digunting dan mudah koyak jika terkena jarum.  

Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya  didokumenkan semasa proses pembuatannya. Tidak berjaya mendokumenkan secara lengkap kesemuanya  kerana sijurugambar (suami)  terlupa, setelah selesai satu proses baru teringat. Mudah-mudahan gambar-gambar yang lebih lengkap akan akan dapat diambil kesemuanya untuk  untuk projek  Tullsta Armchair. (untuk saiz yang lebih kecil).

Pic 1- Semasa proses memikir & mengukur




Kepingan -kepingan kain yang hendak dicantumkan

Pandangan daripada belakang dan depan.

Friday, August 30, 2013

Bantal untuk mommy

Asalnya saya tak buat projek ini, tapi ada permintaan daripada " customer"  daripada cyberjaya. Berpandukan gambar yang dihantar, saya cuba untuk merekanya. Saya diminta untuk membuat bantal dan juga sarung yang berbentuk ladam. Ianya bantal khas untuk ibu hamil  So, saya fikir apa salahnya  mencuba sesuatu yang baru, lagipun proses pembuatannya agak ringkas.

Bantal itu saya gunakan fabrik DITTE biru, manakala sarung pula saya gunakan Japanese Cotton. Panjang bantal adalah dalam 140 sm, manakala lebar pula adalah 15sm. Bagi sarung jalur itu saya gunakan pelekat valcro daripada zip. Kebelakangan ini cenderung pula saya menggunakan valcro daripada zip, kerana zip yang lebih daripada 30 inci terpaksa beli yang dipotong meter. Nyonya kedai akan melekatkan kepala zip. Akhirnya ia akan menjadi masalah pula kepada saya sebab kepala zip itu mudah tanggal dan selalunya hilang. Jadi penyelesaian saya adalah pita valcro.

Untuk bantal ini kekabunya disi sendiri oleh pelanggan atas permintaan pelanggan sendiri. 

Pic 1

<> Kain yang berwarna biru itu adalah bahagian dalam bantal, manakala yang hitam putih itu pula adalah sarungnya.

Pic 2
< Anggaran harga : "Batang bantal warna biru RM30
Anggaran harga : Sarung hitam putih - RM40

Monday, June 24, 2013

Pembahagi ruang

Tujuan utama "make over" pembahagi ruang ini adalah untuk menggantikan fabrik berwarna putih yang sering dicakar kucing.

Pic 1: Fokus kan pandangan anda pada fabrik putih tu yang dibelakang, bukan kucing yang sedang posing tu. Itu merupakan fabrik asal daripada kedai. Fabrik itu mudah carik jika terkena kuku kucing.              















Disebabkab tuan punya barang minta saya yang pilih, So saya fikir konsep merah putih adalah yang terbaik. Saya kekalkan warna putih sebab mampu menjadikan ruang lebih besar. Fabrik putih tu saya lapiskan 2 sebab harap-harap mampu bertahan denga kuku kucing.Manakala yang merah tu pula saya pilih LENDA daripada IKEA, harga RM25.90 se meter.  Semuanya saya buat daripada fabrik yang tebal, harap-harap mampu bertahan lama

Pic 2 - Saya letakkan di atas coffee table untuk mendapatkan close-up dengan lebih jelas. Rupa - rupanya boleh dijadikan lapik meja juga.         

























Pic 3-  Gambar closed up sulaman yang saya buat, serupa dengan corak fabrik putih sebelah supaya fabrik merah tidak nampak kosong



                    




























Pic 4 - Gambar keseluruhan fabrik pembahagi ruang sebanyak 4 keping. Warna merah dan putih diselang selikan.

Gambar 5 & 6, Fabrik telah dilekatkan menggunakan pelekat Valcro. Jadi fabrik boleh dicuci atau diganti berbanding fabrik asal yang dilekatkan terus pada kayu.



Saturday, March 23, 2013

pokok kekabu

Pernah tak anda semua lihat pokok kekabu? Baru -baru ini semasa pergi kenduri kahwin di Ipoh saya ternampak pokok kekabu dinurseri (HH nursery). Pokok kekabu agak besar, ianya sejenis pokok hutan. Berdaun dan beranting jarang-jarang. Ada orang kata pokok kekabu ni langsuir suka duduk. Saya kurang pasti pulak sebab tak pernah ditanam berdekatan dengan rumah. 
Cuma yang saya suka benar bantal kekabu ni lembut dan sejuk. Faktor penting untuk tidur dengan lena. Kalau bantal jenis lain saya kurang selesa. Ataupun dah biasa sebab dulu kita cuma ada bantal kekabu dalam rumah, berbanding sekarang pelbagai jenis isi bantal dalam pasaran. Yang paling mahal katanya isi "feather". Entah, saya tak tahu. Tak pernah jumpa dan cari.
Kenapa pula ya kali ini saya bercerita pasal kekabu. Sebab saya pun ada jual bantal kekabu. Tetapi saya jual kepada rakan terdekat sahaja. Sebab masalah package,macamana nak pos besar-besar tu. Selalunyanya bekalan kekabu saya beli di  Sungai Buloh, agak mahal RM17 sekilogram/sebungkus. Sebab bekalannya terhad, masalah kekurangan bekalan. Sebab saya ada jual bantalnya so ada kawan yang ingat saya ada  tanam pokok kekabu di belakang rumah. Hmm...dalam hati saya macammana la nak tanam pokok kekabu di kawasan perumahan, mesti tak pernah tengok pokoknya.

Gambar pokok kekabu  yang saya ambil diHH Nursery.

Tetapi apa perkataan Bahasa Inggeris untuk kekabu? Setakat ini saya belum jumpa. Saya ada jumpa blog lain yang merujuk sebagai cotton. Tapi cotton ialah kapas.
Gambar berikut saya petik dari laman web lain yang yang menunjukkan gambar pokok kapas. Sumber www.masterfile.com