Lama dah rasanya tak menyentuh blog ni. Cuba juga untuk "memblog" dan "memposting" setiap minggu tapi nampaknya kurang berjaya disebabkan kesibukan dan juga mencari rentak baru dalam kehidupan. Yelah, asyik buat benda yang sama sahaja dalam tempoh masa yang lama memang menjemukan.
Penutup projek jahitan untuk tahun 2012 adalah Quilt Renda. Lama dah tak buat quilt. Tempahan diterima daripada seorang kawan yang mahukan "something special" untuk buah hatinya ...ALEESYA. Hadiah sempena ulang tahun yang ke tiga. Bagaimana ya..mahu diadunkan..something special, cute and girlish. Tidak ketinggalan juga mahu cepat kerana harijadi lagi 2 minggu menjelang. Jadi, cara yang paling pantas bagi saya adalah menambahkan renda kerana tampal cantum applique akan memakan masa yang lama.
Fabrik yang dipilih adalah daripada Thewah berharga RM12.90 per meter. Bagi menampakkan kelainan saya membuat rekabentuk berkeluk-keluk pada sarung bantal kecil.
Saiz quilt pula adalah 150sm lebar x 200sm panjang.
Berikut adalah hasil jahitan untuk ALEESYA:
No comments:
Post a Comment
Thanks for your visit and comments.