Ini merupakan projek 5s untuk mengasingkan permainan yang bersepah dalam kotak, dengan harapan supaya anak-anak lebih berdisplin dan menghargai permainan.
Fabrik untuk projek ni saya ambil daripada lebihan projek-projek yang lepas. Fabrik perlu tebal supaya tahan lama. Paling mudah dapatkan kain langsir jenis cotton. Ukuran pula terpulang kepada citarasa sendiri. Mahukan beg yang bersaiz lebar atau pun panjang bergantung kepada permainan yang hendak disimpan.
Saya membuat 4 beg bersaiz sederhana besar supaya mudah diasingkan permainan iatu satu beg permainan lego, kereta, alat tulis, dan soft toys. Penutupnya saya pih valcro supaya lebih tahan lasak dan mudah kanak-kanak membukanya.
Pic 1- Berlakunya perserakan yang serius didalam tempat simpanan permainan.
Pic 2- Bahan-bahan yang diperlukan, 3 keping kain.
2 keping untuk bahagian beg
1 keping untuk bahagian bawah beg
Valcro (mengikut panjang beg)
a) Jahitkan valcro diatas kedua-dua kepingan kain
b) Pic 3 - Cantumkan 2 kepingan kain tersebut dan jahit keliling
Pic 4- Jahitkan bahagian bawah beg (dasar beg)
Pic 5- Dah selesai
Pic 6- Harapan disiplin yang berkekalan
Mengemaskan barangan selepas bermain. Moga harapan jadi kenyataaan.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your visit and comments.