Salam semua
3) Potong kain mengikut corak applique tadi. Lebihkan satu inci. Gunting sedikit bahagian yang berlekuk-lekuk untuk memudahkan lipatan kain ke dalam. Seterikakan lebihan kain yang dilipatkan ke dalam sebanyak 1 inci.
Kebelakangan ini jahitan applique menjadi minat saya kerana mampu menonjolkan sesuatu pattern & corak dengan jelas. Tetapi menghasilkan pattern applique yang kemas agak mengambil masa. Deria mata yang sensitif diperlukan untuk mengenalpasti corak fabrik yang sesuai untuk dipadankan dengan pattern applique tersebut.
Langkah-langkah berikut adalah hasil jahitan applique yang saya buat. Kaedah ini adalah cara saya. Ada banyak lagi kaedah jika anda rajin mencarinya di internet.
1) Mudah saja,,,dapatkan template applique yang anda rancang buat daripada internet. (Google images)
Pattern rama-rama. (Bolster in the making).
Saya pilih basic saja iaitu rama-rama (beginner step)
2) Pilih corak kain yang sesuai
Paling mudah dan menonjol...corak berbunga diatas kain kosong.
4) Setelah itu, tanggalkan template tersebut. Jahit jelujur kain tersebut
5) Pandangan daripada depan pattern tersebut. Jangan lupa seterikakan pattern tersebut supaya tiada gelembung dan pattern rama-rama ini kemas.
6) Langkah akhir - letakkan pattern rama-rama diatas kain yang hendak dijadikan latar belakang. Sesungut belum ada sebab masih belum disulam. Pilih corak jahitan yang hendak dijahit disekeliling rama-rama. (Biasanya mesin jahit yang ada pilihan corak jahitan).
No comments:
Post a Comment
Thanks for your visit and comments.