"Posting" kali ini merupakan posting rekaan/design bagi sarung kerusi. Nama kain saya sudah lupa tetapi ianya merupakan fabrik daripada IKEA. Mulanya saya simpan untuk dibuat langsir tetapi pada saat akhir dibuat sarung kerusi kerana sifat fabrik yang tebal dan mudah dibentuk/dijahit.
Seingat saya kain ini ada 2 warna asas iaitu putih dan hitam tetapi masih mengekalkan corak macam kipas. Warna hitamnya tidak sempat saya sambar ,kehabisan stok kata sales girlnya & tinggal warna putih sahaja. Saya minat coraknya kerana bunga kipasnya besar.
Jadi, masih mengekalkan konsep design yang sama sebelum ini cuma saya membuat perbezaan dalam warna fabrik sahaja. 4 buah kerusi warna fabrik kelabu dan 2 buah kerusi corak kipas berserta alas meja. Jumlah keseluruhan kain yang diperlukan adalah 6 meter.
Cantiknya .....
ReplyDeleteTq.....biasa2 ajeee
ReplyDeleteaduhhh.....cantik sgt2! pandai awk pilih fabric...
ReplyDeletecantik..kalo tempahan, lapik meja makan & sarung kerusi 6, sis ambil berapa ye? TQ ;)
ReplyDeleteTempahan sarung kerusi telah dibuka kembali bagi yang berminat
ReplyDelete