Wednesday, October 23, 2013

Cara membuat sarung kerusi

Selain daripada menjahit, membaca buku dan juga berblogging antara aktiviti  lain yang saya suka adalah menganalisa. Apabila menulis blog terutamanya dalam seni jahitan ni antara persoalan yang paling selalu timbul adakah patut saya share macam mana saya buat dengan pembaca. 

Monday, October 7, 2013

Cara membuat toys bag


Ini merupakan projek 5s untuk mengasingkan permainan  yang bersepah dalam kotak, dengan harapan supaya anak-anak lebih berdisplin dan menghargai permainan.
Fabrik  untuk projek ni saya ambil daripada lebihan projek-projek yang lepas. Fabrik perlu  tebal supaya tahan lama. Paling mudah dapatkan kain langsir jenis cotton. Ukuran pula terpulang kepada citarasa sendiri. Mahukan beg yang bersaiz lebar atau pun panjang bergantung kepada permainan yang hendak disimpan.
Saya membuat 4 beg bersaiz sederhana besar supaya mudah diasingkan permainan  iatu satu beg permainan lego, kereta, alat tulis, dan soft toys.  Penutupnya saya pih valcro supaya lebih tahan lasak dan mudah kanak-kanak membukanya.

Pic 1- Berlakunya perserakan yang serius didalam tempat simpanan permainan.

















Pic 2- Bahan-bahan yang diperlukan, 3 keping kain.
2 keping untuk bahagian beg
1 keping untuk  bahagian bawah beg
Valcro (mengikut panjang beg)


    a) Jahitkan valcro diatas kedua-dua kepingan kain


 b) Pic 3 - Cantumkan 2 kepingan kain tersebut dan jahit keliling



Pic 4- Jahitkan bahagian bawah beg (dasar beg)

Pic 5- Dah selesai



Pic 6- Harapan disiplin yang berkekalan


Mengemaskan barangan selepas bermain. Moga harapan jadi kenyataaan.







Friday, September 20, 2013

Red Velvet Bed Sheet

Bukan kek sahaja yang ada nama red velvet, saya pun teringin nak namakan cadar ni red velvet. Asalnya kawan hanya minta dibuatkan cadar ropol yang kosong. Tapi saya teringin pula nak menambahkan sulam ditepi-tepinya dan renda yag ringkas. Saja, untuk menambahkan seri.

Set ini saya buat cadar saiz  Queen,  bersama dengan 2 sarung bantal saiz standard. Ada sulam ringkas ditepi ropol bantal. Manakala  cadar ini nya pula atas permintaan rakan saya buat labuh jadi tak nampaklah bawah katil. Fabrik pula favourite daripada IKEA iaitu DITTE berharga 9.90 semeter.

So...enjoy the picture dengan warna yang merah menyala-nyala ni yer.

 Bahagian sisi katil. Cadar dijahit labuh supaya tidak nampak barangan dibawah.


















 Ropol hias disekeliling sarung bantal.







Tuesday, September 17, 2013

Sarung Sofa Tullsta

Ini merupakan projek terbesar dan terbaru,.....Buat sarung kerusi sendiri. Kesimpulannya tak susah sangat dan tak senang sangat. Hanya perlukan masa dan berhati-hati semasa proses membuatnya supaya hasil kerja menjadi cantik.

Niat dihati memang nak nak buat sarung daripada fabrik bercorak supaya padan dengan tema warna rumah. Warna coklat, kuning dan hitam.  Sarung yang sedia ada dijual adalah kosong, mungkin kerana mudah hendak dipadankan dengan apa-apa tema warna sekalipun.

Fabrik yang dipilih adalah bernama Gurine Fabric berharga RM19.90 p/meter. Saya pilih sebab ada percikan warna kuning yang mampu menaikkan seri rumah. Mujur dah lama beli, rasanya kalau pergi sekarang saya akan pilih kain stockholm warna hijau daun dan juga stockholm kuning corak bulat-bulat. Beli saja dulu kemudian simpan, sebab saya selalu kecewa pergi stok kain yang saya minat habis.
Sedikit ingatan daripada saya, jika anda mahu menempah sarung sofa pastikan kainnya tebal. Elakkan daripada menggunakan kain langsir yang licin kerana kainnya mudah pecah dan juga si penjahit kain juga mudah stress kerana kain sukar digunting dan mudah koyak jika terkena jarum.  

Berikut adalah gambar-gambar yang berjaya  didokumenkan semasa proses pembuatannya. Tidak berjaya mendokumenkan secara lengkap kesemuanya  kerana sijurugambar (suami)  terlupa, setelah selesai satu proses baru teringat. Mudah-mudahan gambar-gambar yang lebih lengkap akan akan dapat diambil kesemuanya untuk  untuk projek  Tullsta Armchair. (untuk saiz yang lebih kecil).

Pic 1- Semasa proses memikir & mengukur




Kepingan -kepingan kain yang hendak dicantumkan

Pandangan daripada belakang dan depan.

Friday, August 30, 2013

Bantal untuk mommy

Asalnya saya tak buat projek ini, tapi ada permintaan daripada " customer"  daripada cyberjaya. Berpandukan gambar yang dihantar, saya cuba untuk merekanya. Saya diminta untuk membuat bantal dan juga sarung yang berbentuk ladam. Ianya bantal khas untuk ibu hamil  So, saya fikir apa salahnya  mencuba sesuatu yang baru, lagipun proses pembuatannya agak ringkas.

Bantal itu saya gunakan fabrik DITTE biru, manakala sarung pula saya gunakan Japanese Cotton. Panjang bantal adalah dalam 140 sm, manakala lebar pula adalah 15sm. Bagi sarung jalur itu saya gunakan pelekat valcro daripada zip. Kebelakangan ini cenderung pula saya menggunakan valcro daripada zip, kerana zip yang lebih daripada 30 inci terpaksa beli yang dipotong meter. Nyonya kedai akan melekatkan kepala zip. Akhirnya ia akan menjadi masalah pula kepada saya sebab kepala zip itu mudah tanggal dan selalunya hilang. Jadi penyelesaian saya adalah pita valcro.

Untuk bantal ini kekabunya disi sendiri oleh pelanggan atas permintaan pelanggan sendiri. 

Pic 1

<> Kain yang berwarna biru itu adalah bahagian dalam bantal, manakala yang hitam putih itu pula adalah sarungnya.

Pic 2
< Anggaran harga : "Batang bantal warna biru RM30
Anggaran harga : Sarung hitam putih - RM40