Saturday, March 23, 2013

pokok kekabu

Pernah tak anda semua lihat pokok kekabu? Baru -baru ini semasa pergi kenduri kahwin di Ipoh saya ternampak pokok kekabu dinurseri (HH nursery). Pokok kekabu agak besar, ianya sejenis pokok hutan. Berdaun dan beranting jarang-jarang. Ada orang kata pokok kekabu ni langsuir suka duduk. Saya kurang pasti pulak sebab tak pernah ditanam berdekatan dengan rumah. 
Cuma yang saya suka benar bantal kekabu ni lembut dan sejuk. Faktor penting untuk tidur dengan lena. Kalau bantal jenis lain saya kurang selesa. Ataupun dah biasa sebab dulu kita cuma ada bantal kekabu dalam rumah, berbanding sekarang pelbagai jenis isi bantal dalam pasaran. Yang paling mahal katanya isi "feather". Entah, saya tak tahu. Tak pernah jumpa dan cari.
Kenapa pula ya kali ini saya bercerita pasal kekabu. Sebab saya pun ada jual bantal kekabu. Tetapi saya jual kepada rakan terdekat sahaja. Sebab masalah package,macamana nak pos besar-besar tu. Selalunyanya bekalan kekabu saya beli di  Sungai Buloh, agak mahal RM17 sekilogram/sebungkus. Sebab bekalannya terhad, masalah kekurangan bekalan. Sebab saya ada jual bantalnya so ada kawan yang ingat saya ada  tanam pokok kekabu di belakang rumah. Hmm...dalam hati saya macammana la nak tanam pokok kekabu di kawasan perumahan, mesti tak pernah tengok pokoknya.

Gambar pokok kekabu  yang saya ambil diHH Nursery.

Tetapi apa perkataan Bahasa Inggeris untuk kekabu? Setakat ini saya belum jumpa. Saya ada jumpa blog lain yang merujuk sebagai cotton. Tapi cotton ialah kapas.
Gambar berikut saya petik dari laman web lain yang yang menunjukkan gambar pokok kapas. Sumber www.masterfile.com

Friday, March 15, 2013

Something personal

This is something personal I've made for the boys. Definitely not for sale, because I'm respected the patent right/trademark.It just my translation on the view of "Chelsea" logo.
This project used all the DITTE fabric from IKEA. DITTE  blue for the sheet based, red for the flower and ball and white for the piping. DITTE price is RM9.90 per/metre currently at IKEA.

Pillow closed - up












Fitted sheet - overall

Tuesday, February 26, 2013

Quilt renda

Lama dah rasanya tak menyentuh blog ni.  Cuba juga untuk "memblog" dan "memposting" setiap minggu tapi nampaknya kurang berjaya disebabkan kesibukan dan juga mencari  rentak baru dalam kehidupan.  Yelah, asyik buat benda yang sama sahaja dalam tempoh masa yang lama memang menjemukan.  

Penutup projek jahitan untuk tahun 2012 adalah  Quilt Renda. Lama dah tak buat quilt. Tempahan diterima daripada seorang kawan yang mahukan "something special" untuk buah hatinya ...ALEESYA. Hadiah sempena ulang tahun yang ke tiga. Bagaimana ya..mahu diadunkan..something special, cute and girlish. Tidak ketinggalan juga mahu cepat kerana harijadi lagi 2 minggu menjelang. Jadi, cara yang paling pantas bagi saya adalah menambahkan renda kerana  tampal cantum applique akan memakan masa yang lama.

Fabrik yang dipilih adalah daripada Thewah berharga RM12.90 per meter. Bagi menampakkan kelainan saya membuat rekabentuk  berkeluk-keluk  pada sarung bantal kecil.
Saiz quilt pula adalah 150sm lebar x 200sm panjang.

Berikut adalah hasil jahitan untuk ALEESYA:















Gambar keseluruhan quilt yang dihiasi renda merahjambu.


Untuk "more personalized dan customised" disulamkan nama puteri kecil ini.

























 2 biji bantal yang sedang berbaris ditangga.



























Quilt dari pandangan atas

Friday, December 7, 2012

Why sewing


Sewing needs passion and lasting interest to make it happened. I’m a person that likes new things. Not to always buying something new (bankrupt lol!), but exploring new things in my life. Sometimes when you really put your thoughts, efforts and mind you will surprise with what you can do.  
Before sewing I’m also considering other area to do.  Wedding handicraft,   glass painting and ceramic painting.  But  not considering cooking or baking. Even though trying new recipes seems fun enough. Thai,  Baba & Nyonya   and Western  Food is kind of my favorites. The reason, washing the dishes is quite a big problem to me, same as ironing. However, I chose sewing because of my love to fabric. And I remember being nosy around when my mother doing her sewing job. Sometimes I played with the sewing tools. Last time we don’t have so many toys I guess.

Monday, December 3, 2012

Cara membuat bantal peluk

Seorang kawan  telah datang kepada saya dan menanyakan  cara membuat bantal peluk yang hujungnya bulat. Cara membuat bantal peluk ini adalah idea saya sendiri dan saya akui hujung nya yang bulat itu adalah yang paling rumit. Sebab ianya perlu bulat dengan cantik dan tidak senget-senget.


Untuk projek bantal peluk ini saya biasanya beli kain cotton warna putih daripada Thewah, di Tesco Extra Shah Alam. Bidangnya agak kecil iaitu 45 inci ataupun 115 sm.  Walaupun bidang kecil dan perlu beli lebih banyak saya sukakannya  kerana kainnya tebal, jadi tidak nampak isi kekabu serta tahan lama dan lebih lasak.  Saya gemar menggunakan sm kerana saya boleh tukar terus kepada meter,  kerana pembelian fabrik dibuat menggunakan meter. Contoh   perkiraan: 100 sm = 1 meter. 

Bahan-bahan yang diperlukan.

1.5  meter kain putih
Benang warna putih (sama warna dengan kain...lebih cantik).

Cara membuatnya.