Sunday, June 1, 2014

Cadar "little mushroom"

Fabrik  mushroom ini saya beli di Fabric Fanatics. Jujurnya, saya terbayang -bayang cerita smurf bila membeli fabrik ini. Sebabnya smurf ni duduk dalam rumah cendawan. Ala...kartun kiut untuk generasi dulu-dulu. Bukan macam kartun sekarang yang banyak lawan-lawan.

So, saya campurkan fabrik japanese cotton dengan fabrik biru ikea untuk mendapatkan hasil yang lebih menarik dan menjimatkan kos. Memandangkan fabrik cendawan tu agak mahal iaitu RM40 per yard. Tak sampai pun 1 meter. Tapi disebabkan hati dah berkenan & orang yang menempah pula gemarkan warna biru, jadi ku teruskan jugak konsep ini.
Bantal kepala -closed up (size dewasa)
Bantal peluk - closed up (saiz dewasa)

Gambar keseluruhan cadar 'single'.
Pandangan keseluruhan cadar.
Closed -up cendawan di cadar.

Saturday, May 31, 2014

cara membuat bantal peluk

Pada posting yang lepas saya telah meletakkan gambarajah cara-cara membuat bantal peluk.  Baru-baru ini  ada seorang teman telah menempah batal peluk daripada saya untuk anaknya yang bakal lahir tak lama lagi, jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mendokumenkan gambar-gambar untuk dikongsi bersama didalam blog. Selalu dah saya buat bantal peluk ni, tapi seringkali terlupa untuk mengambil gambar.

Untuk membuat 2 bantal peluk...(yang ini bersaiz mini)..kalau besar, sila tambah ukuran sendiri. Kita perlukan 2 keping kain bersaiz segiempat, dan potong 4 keping kain berbentuk bulat untuk dibuat penjuru atas dan bawah bantal.


1) Kain yang berbentuk segiempat itu dijahit lurus hingga ke hujung. Tinggalkan bahagian tengah dalam 20 sm untuk dimasukkan isi. Setelah selesai kain segiempat itu baru dijahitkan pula bahagian yang bulat itu dipenjuru atas dan bawah. Jelujur atau sematkan peniti sebelum menjahit untuk mendapat hasil jahitan yang kemas.
Setelah siap, terbalikkan hasil kerja anda.
Bahagian yang tengah tadi yang telah dibiarkan dimasukkan isi.Selepas itu ditutup dengan jahitan tangan.
Kali ini saya menggunakan poly filing. Yang kebiasaannya dibuat untuk mengisi anak patung. Teman saya itu tidak menggemari kekabu kerana kekabu tidak boleh dibasuh. Kekabu hanya boleh dijemur supaya mengembang kembali. Kalau dibasuh ianya akan rosak. Tetapi sifat kekabu yang sejuk itu digemari oleh ramai orang termasuk saya.
Bantal peluk yang telah siap.  Sedia untuk dijual.....





Saturday, May 10, 2014

sarung kerusi fabrik kipas

"Posting" kali ini merupakan posting rekaan/design bagi sarung kerusi. Nama kain saya sudah lupa tetapi ianya merupakan fabrik daripada IKEA. Mulanya saya simpan untuk dibuat langsir tetapi pada saat akhir dibuat sarung kerusi kerana sifat fabrik yang tebal dan mudah dibentuk/dijahit. 

Seingat saya kain ini ada 2 warna asas iaitu putih dan hitam tetapi masih mengekalkan corak macam kipas. Warna hitamnya tidak sempat saya sambar ,kehabisan stok kata sales girlnya & tinggal warna putih sahaja. Saya minat coraknya kerana bunga kipasnya besar.

Jadi, masih mengekalkan konsep design yang sama sebelum ini cuma  saya membuat perbezaan dalam warna fabrik sahaja. 4 buah kerusi warna fabrik kelabu dan 2 buah kerusi corak kipas berserta alas meja. Jumlah keseluruhan kain yang diperlukan adalah 6 meter.





Sunday, April 27, 2014

Goodie bags


 
Projek Goodie bag ini adalah untuk anak bujang yang menyambut harijadi di pra sekolah  Little Caliph Alam Impian. Setiap tahun biasanya kami sekeluarga akan menyambut secara kecil-kecilan. Acara makan kek (biasanya yg paling kecil dalam kedai- selalunya Bakers Cottage) dan juga memberi goodie bag kepada kawan-kawan. 

Design agak girlish kerana material dan corak fabrik dipilih oleh mamanya. Design juga agak simple dimana goodie bag ini  dijahit kepada 2 bahagian dimana bahagian fabrik putih  menggunakan material  fabrik "DITTE" daripada ikea. Supaya tidak kosong goodie bag ini dihiasi dengan 2 biji butang comel pelbagai corak. Bila sudah siap macam rupa agak country dan english. Memang tujuan saya begitu kerana saya cuma mahukan sesuatu yang sweet dan ringkas. Ok, apa pula isi goodie bag itu? Toys yang ringkas seperti belon buih, air kotak milo dan juga coklat serta biskut (handmade ok) yang saya tempah khas dari kawan.

Kalau hendak membuat goodie bag untuk si abang, yang sudah masuk alam persekolahan, lain pula citarasanya  kerana sudah pandai memilih. Warna pink macam sudah jadi pantang kepadanya. Agaknya siapa lah yang memulakan trend menetapkan kod warna merah jambu untuk perempuan & biru untuk lelaki.

Jika berminat untuk membuat tempahan goodie bag samada untuk majlis harijadi, perkahwinan ataupun sebagainya bolehlah menghubungi saya. Design sesedap  citarasa anda..bermula daripada RM4.00 dan ke atas.





Sunday, March 30, 2014

Cadar rama-rama

Cadar rama-rama yang agak "girlish" ini untuk anak kawan saya. Daripada mula  konsep rekabentuk terpulang pada saya. Fabrik yang saya beli di Fabric Fanatics agak sesuai dengan konsep rama-rama. Jadi saya mula mendapatkan template rama-rama daripada internet dan besarkan saiznya mengikut bentuk yang saya mahu.

Pic 1






































Applique rama-rama terbang dihujung cadar.
Pic 2













































































Pic 3



































Pic 4 : Closed -up...Bantal  kepala " applique" rama-rama daripada dekat.

Sunday, February 23, 2014

Bekas pensil kain

Projek bekas pensil ini lebih merupakan kepada projek untuk menyelamatkan pensil-pensil warna yang berterabur. Selalu membeli pensil warna yang diletakkan didalam kotak, kotak - kotak ini biasanya hanya bertahan sebulan dan selepas itu kemek dan hancur. Pensil-pensil warna bertaburan dimerata-rata tempat.

jadi untuk menyelamatkan pensil-pensil warna tersebut, saya jahitkan  bekas pensil daripada kain untuk  supaya tidak hancur dan juga tahan lasak.

Berikut adalah gambar-gambar bekas pensil untuk 12 batang warna:
b) Lubang-lubang telah dijahit untuk memasukkan pensil warna dan keliling dijahit tepi hias dengan fabrik yang sama.
c)  Telah dimasukkan peralatan pensil

d)Projek selesai. Digulung dan mudah dan dimasukkan ke dalam beg.

Friday, January 31, 2014

cara membuat Applique rama- rama

Salam semua


Kebelakangan ini jahitan applique menjadi minat saya kerana mampu menonjolkan sesuatu pattern & corak dengan jelas. Tetapi menghasilkan pattern applique yang kemas agak  mengambil masa. Deria  mata yang sensitif diperlukan untuk mengenalpasti corak fabrik yang sesuai untuk dipadankan dengan pattern applique tersebut.

Langkah-langkah berikut adalah hasil jahitan applique yang saya buat. Kaedah ini adalah cara saya. Ada banyak lagi kaedah jika anda rajin mencarinya di internet.

1) Mudah saja,,,dapatkan template applique yang anda rancang buat daripada internet. (Google images)

Pattern rama-rama. (Bolster in the making).








Saya pilih basic saja iaitu rama-rama (beginner step)





































2) Pilih corak kain yang sesuai



































Paling mudah dan menonjol...corak berbunga diatas kain kosong.



































3) Potong kain mengikut corak applique tadi. Lebihkan satu inci. Gunting sedikit bahagian yang berlekuk-lekuk untuk memudahkan lipatan kain ke dalam. Seterikakan lebihan kain yang dilipatkan  ke dalam sebanyak 1 inci.



































4) Setelah itu, tanggalkan template tersebut. Jahit jelujur kain tersebut
5) Pandangan daripada depan pattern tersebut. Jangan lupa seterikakan pattern tersebut supaya tiada gelembung dan pattern rama-rama ini kemas.


6) Langkah akhir - letakkan pattern rama-rama diatas kain yang hendak dijadikan latar belakang. Sesungut belum ada sebab masih belum disulam. Pilih corak jahitan yang hendak dijahit disekeliling rama-rama. (Biasanya mesin jahit yang ada pilihan corak jahitan).

Saturday, January 25, 2014

Peralatan jahitan

Bulan January 2014 sudah hampir sampai ke penghujungnya. Permulaan tahun baru ini saya sambut dengan membeli barangan keperluan jahitan yang telah lama saya idam-idamkan. Tanpa peralatan jahitan ini sebenarnya kerja  masih boleh juga dilakukan tapi dengan peralatan akan menjadi lebih pantas dan kemas.
5 peralatan yang diharap dapat menolong kerja-kerja menjahit.















Peralatan pertama...memudahkan dalam pembuatan pom-pom. Sebelum ini saya telah mencuba membuat pom-pom secara manual tetapi malangnya tidak menjadi. Teringin sekali hendak menjahit pom-pom disekeliling sarung bantal terutamanya produk kanak-kanak.
















Eraser pen...memudahkan untuk memadamkan garisan-garisan yang telah dibuat menggunakan pensil warna.





















Ram jenama DMC. Sebelum ini saya telah pun beli ram biasa di kedai jahit. Tapi malangnya selalu kain selalu tercabut. Jadi kali ini saya melabur sedikit.


















Pembuat bias-tape. Hanya perlu potong fabrik yang dikehendaki dan seterusnya masukkan fabrik ke dalam peralatan ni untuk membentuk piping yang diperlukan, cara manual saya potong fabrik, lipat 2 dan seterikakan.

















Pembuat bunga kait. Disebabkan mengait ialah kemahiran yang tidak saya miliki, dan selalu membeli bunga kait daripada IKEA, untuk jimat kos dalam jangka masa panjang flower maker ini diharap dapat membantu saya dalam membentuk bunga idaman.

















Diari tahun 2014. Tiada kaitan dengan pembelian diatas, cuma tertarik dengan corak bunga pasley dan saya merupakan peminat barangan alatulis terutamanya yang unik.

















Didalam diari ada panduan dan tips. 
Saja suka-suka menambahkan pembacaan.








Tuesday, January 7, 2014

No 49

Selamat Tahun Baru 2014.....


Sedar tak sedar 2014 sudah menjelang, alhamdulilah masih lagi diberi peluang untuk meneruskan kehidupan ini. HomeSewingDesign mengucapkan selamat Tahun  Baru 2014...kepada semua pembaca semua. Moga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki serta mendapat kekuatan fizikal & mental untuk mengharungi kehidupan yang makin lama makin mencabar ini.

Bagi pembuka lembaran tahun 2014, entry HomeSewingDesign yang pertama adalah bantal berhias. Bantal berhias adalah merupakan projek kegemaran saya kerana ringkas dan dapat disiapkan dengan segera. Saya juga gemar buat sendiri kerana biasanya apa yang dijual tidak menepati citarasa saya. Nombor  49 merupakan nombor rumah saya ....mana dapat di shopping mall. 

Nombor 49 itu dibuat menggunakan butang. Butang juga merupakan perhiasan kegemaran saya. Selalu saya applikasikan di atas bantal berhias dan juga table runner.

Pix 1- 




































Pix 2



































Pix 3