Wednesday, October 5, 2016

Bantal burlap

Bila tengok dalam internet, cantik sungguh bantal kain burlap ni jika  diolah dan di hiaskan dengan ringkas.  Ada pelbagai kegunaan burlap.  Diletakkan pot pourri, menjadi pasu dan juga sebagai bantal hiasan. Sedang berkira-kira hendak mencari fabrik tersebut terjumpa pula kain tersebut di kedai menjual peralatan menjahit di Seksyen 18, Shah Alam. Ada 2 jenis farbrik burlap, yang agak kasar dan juga yang lembut sedikit (Yang ini jalinan fabriknya  agak rapat-rapat). Dijual pada harga RM8 se meter. Bidangnya hanya 50 cm. 

Selain daripada dijual  per meter, fabrik tersebut juga boleh djual segulung (1 Roll) berharga RM40.00. Lupa pula nak bertanya kalau bei 1 roll jadi berapa meter kerana tak sangka boleh jumpa fabik burlap ni di kedai seksyen 18 je.

Untuk projek kali ini saya hiaskan dengan renda ringkas aje. Biar kusyen saya tampik manis. Fabrik burlap ini juga sensitif, jangan tersalah jahit. Kerana jika mahu menetas kembali jalinan benang akan membuat  fabrik tersebut terkoyak. 


Jom layan penghasilan sarung bantal daripada fabrik burlap ini
.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.