Saturday, October 22, 2016

Kusyen hiasan Handmade - (siri 1)


Produk-produk HomeSewingDesign dihasilkan secara hand-made dan eksklusif. Biasanya hanya satu atau 2 design sahaja yang dihasilkan untuk setiap keluaran.  Rekabentuk yang adalah menggunakan dengan manik, benang sulam, renda, reben ataupun gabungan patchwork yang ringkas. Sarung bantal tersebut biasanya menggunakan fabrik kapas sebagai material kerana fabrik kapas tahan lasak dan selesa. 
Sarung bantal kusyen hiasan ini juga menggunakan zip dibahagian belakang supaya lebih kemas dan tidak mudah  tanggal. Saiz sarung adalah berukuran 48 cm x 48 cm. Harga adalah didalam RM15 - RM30 bergantung kepada kualiti fabrik dan juga jahitan hiasan. Jika ada yang berminat bolehlah menempah berdasarkan hiasan yang di idamkan ataupun konsep rekaan daripada HomeSewingDesign.Sarung bantal ini juga boleh ditempah secara berpasang (pair) mengikut kuantiti yang diingini.



Decorative kusyen  dengan hiasan bunga ros daripada  fabrik kapas.













Fabrik lembut di hiasi dengan  corak bunga lapan daripada fabrik 'American Cotton'.

Bantal berbentuk bulat, potongan kain segi lapan.  Boleh dibasuh kerana didalamnya ada sarung  berasingan  yang diisi dengan Poly Filing.

Bantal fabrik kapas berwarna putih dihiasi dengan applique fabrik bercorak. Untuk menambah seri digabungkan dengan manik putih di keliling bulatan.




















Renda berwarna coklat dihiasi dengan manik-manik warna puth disusun secara menegak. Boleh juga diletakkan secara melintang, brdasarkan citarasa anda.
Renda yang sama tetapi dijahit  secara berkelompok. Masih mengekalkan manik-manik putih yang dijahit untuk menaikkan seri
Fabrik daripada American Cotton dijahit renda dengan fabrik yang senada. Fabrik yang lembut dan warna yang ceria. Hanya memerlukan hiasan yang minimum.
Perincian untuk patchwork. Lebihan fabrik digunakan untuk mereka sarung bantal ini. Bagaimanapun warna mestilah dalam palet warna yang sama untuk menampilkan sisi yang ringkas dan berseri.
T

Teringin untuk merekabentuk warna yang tidak lapuk ditelan zaman...putih dan hitam. Cuba untuk lari daripada kebiasaan ...Tanah  putih bertulisan hitam di padankan dengan jalur hitam putih yang halus.

Bagi rekabentuk diatas jahitan dalam bentuk numeric. Mudah mengecam nombor rumah daripada jauh.
Bantal berbentuk envelop. Menggunakan kuning mustard  dan dihiasi dengan jalur ringkas. Butang berira kayu menjadi pilihan

No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.