Saturday, May 10, 2014

sarung kerusi fabrik kipas

"Posting" kali ini merupakan posting rekaan/design bagi sarung kerusi. Nama kain saya sudah lupa tetapi ianya merupakan fabrik daripada IKEA. Mulanya saya simpan untuk dibuat langsir tetapi pada saat akhir dibuat sarung kerusi kerana sifat fabrik yang tebal dan mudah dibentuk/dijahit. 

Seingat saya kain ini ada 2 warna asas iaitu putih dan hitam tetapi masih mengekalkan corak macam kipas. Warna hitamnya tidak sempat saya sambar ,kehabisan stok kata sales girlnya & tinggal warna putih sahaja. Saya minat coraknya kerana bunga kipasnya besar.

Jadi, masih mengekalkan konsep design yang sama sebelum ini cuma  saya membuat perbezaan dalam warna fabrik sahaja. 4 buah kerusi warna fabrik kelabu dan 2 buah kerusi corak kipas berserta alas meja. Jumlah keseluruhan kain yang diperlukan adalah 6 meter.





5 comments:

  1. aduhhh.....cantik sgt2! pandai awk pilih fabric...

    ReplyDelete
  2. cantik..kalo tempahan, lapik meja makan & sarung kerusi 6, sis ambil berapa ye? TQ ;)

    ReplyDelete
  3. Tempahan sarung kerusi telah dibuka kembali bagi yang berminat

    ReplyDelete

Thanks for your visit and comments.