Sunday, June 26, 2016

Goodie bag - bermacam warna & corak


Tiada tema utuk goodie bag ini, cuma dihasilkan daripada pelbagai perca kain yang masih ada. Saya cuma mahu membuat sesuatu yang sweet dan simple dan juga tidak terlalu menjurus kepada kanak-kanak lelaki atau perempuan. 

Biasaya isi goodie bag saya juga tidak banyak. Hanya cookie, air kotak dan juga simple toy. 


Kain perca yang banyak dimanfaatkan dalam membentuk GOODIE BAG ini. Di lekatkan butang bungkus yang juga menggunakan kain perca lebihan supaya tidak membazir.

Fabrik-fabrik lebihan ini adalah hasil daripada pembuatan cadar dan juga sarung bantal.  Goodie bag ini dilapisi dengan dua kain iaitu bahagian dalam menggunakan kain perca putih supaya agak tebal.




Sebahagian GOODIE BAG yang telah siap disi dengan cookies dan menunggu masa untuk diagihkan kepada kanak-kanak di LITTLE CALIPH ALAM IMPIAN!

Harapannya agar kanak-kanak gembira menerima hadiah yang seberapa ni daripada si cilik Adi Azwari.






































Tempahan goodie bag juga dibuka bagi sesiapa yang berminat. Rekabentuk bergantung kepada anda. Harga boleh disesuaikan dengan jumlah kuantiti yang ditempah.  



No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.