Salah satu kegemaran saya selain daripada menjahit adalah membaca. Membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan....ha, macam klise saja bunyinye kan. Bagi saya membaca sebenarnya dapat membentuk fikiran. Hidup kita dikawal oleh pemikiran kita. Dimana kita seterusnya...hidup kita juga bergantung kepada corak masa lampau didikan yang kita dapat. Tapi bukan itu yang saya nak share....mukadimah sahaja.
Buku-buku dibawah ini sebenarnya dah lama saya beli. Ada yang dah berusia 14 tahun. Masih relevan bagi saya. Dan tak sangka dipenghujung tahun ini saya membuka kembali dan meneleknya satu persatu.
Buku - Working from Home
Menerangkan dengan jelas bagaimana kita perlu berjimat jika kita memilih untuk self employed. Begitu juga memperbaiki hubungan dengan komuniti setempat kerana kita hidup bermasyarakat. Begitu juga memperbaiki disiplin diri.
Buku - SINGER (Quick & Easy Decorating project)
Kulit buku ni kurang lawa bagi saya...very 80's. Ini buku menjahit saya yang pertama. Saya cuma nak tengok apa yang saya boleh buat untuk projek dekorasi rumah. Masa ni skill menjahit saya sangat teruk dan tak tahu memilih fabrik yang sesuai untuk satu-satu projek.
Buku - Amy Butler's little stiches for little one
Saya terpesona dengan kulit bukunya. Lagi terpesona dengan isi kandungannya. Harga RM100 saya pejamkan mata membelinya. Buku ini betul-betul mengubah persepsi dan gaya jahitan saya. Saya tidak pernah pun membuat satu pun projek didalam buku ini, walaupun buku ini lengkap dengan lakaran. Daripada buku ini saya meneroka dunia Amy Butler dan saya sangat kagum dengan idea-ideanya.
Buku - Craft, Show and Sell
Buku ini lebih menerangkan langkah-langkah untuk menjalankan perniagaan. Ia agak berbeza dengan buku-buku jahitan lain kerana tidak berkongsi pattern. Kaedah pricing nya agak menarik bagi saya.
Ada banyak lagi buku yang saya beli disebabkan bermacam alasan. Suka pattern, suka kulit, ataupun harga best.
No comments:
Post a Comment
Thanks for your visit and comments.