Sunday, October 7, 2012

Fabrik dan konsep

Fabrik dan konsep, 2 ayat yang nampak mudah. Tapi memikirkannya  mampu membuatkan kepala pening. Ketahanan fabrik - supaya bila dibasuh tidak cepat luntur dan koyak, corak yang berbeza daripada pasaran yang sedia ada,  harga yang sederhana , warna yang jelas dan asli menjadi pilihan saya.

Konsep pula adalah cara saya merekabentuk sesuatu hiasan untuk produk tersebut. Contohnya mudah, jika sarung bantal saya perlu hias dengan apa? Supaya rupanya tidak nampak kosong. Jika fabriknya kosong, saya perlu lakukan sesuatu, tetapi jika fabriknya agak penuh dengan bunga-bungaan dan sebagainya maka hiasannya perlu minimum supaya tidak menenggalamkan kecantikan fabrik.  Begitu juga corak dan hiasan fabrik perlu seiring. Jika fabrik  kosong dan bagi saya rupanya agak maskulin (bagi saya jalur/petak), mungkin ropol yang kembang setaman tidak perlu. Tetapi jika berbunga, cantik dipadankan dengan ropol. Tetapi apa yang saya suka  sebenarnya tiada "rules" dalam menetapkan corak dan hiasan. Ianya bergantung kepada imaginasi. Seringkali idea yang lari dari kebiasaannya akhirnya akan nampak cantik jika kena caranya.  Penggunaan fabrik bukanlah seperti matematik 1+1 =2. MESTI....., selain daripada  ini  jawapannya salah. Bagaimanapun majoriti kaum wanita yang feminin menggemari warna merahjambu, bercorak bunga serta hiasan beropol.

Secara peribadinya saya paling meminati applique berbanding teknik quilt. Dahulu saya tidak faham konsep  applique, buat apa potong kain kecil-kecil kemudian cantum balik atas kain lain. Tetapi setelah mencubanya saya jatuh hati, hasilnya mampu membuatkan  saya jadi seronok.Tetapi tidak dinafikan ianya adalah proses yang tidak susah tetapi renyah. 

Definisi applique menurut webster's new world college dictionary : 4th Edition.


" A decoration of trimming made of one material attached by sewing, gluing, etc..to another...( petikan daripada buku ini)















Di masa depan mungkin saya akan menjengah koleksi-koleksi fabrik lain pula seperti Japanese cotton yang terkenal dengan keceriaannya dan juga  American cotton yang bagus kualitinya. 

Fabrik-fabrik terbaru dalam koleksi saya.

Fabrik untuk kanak-kanak.

Fabrik yang menyebabkan saya geram dengan kecomelannya.
Teddy bear berlatar belakangkan warna merah jambu dan keretapi dengan pemandangan serba biru
Daripada Thewah - Harga RM12.90 p/metre.











Landak dan burung hantu yang telah diubahsuai dan menjadi begitu comel sekali. Harga RM15.00 p/meter. Fabrik daripada IKEA.













Fabrik merahjambu daripada Thewah ..harga RM15.90 p/meter manakala  corak abstrak  hitam harga RM15 p/metre. Fabrik abstrak hitam daripada IKEA.












Fabrik Britten Nummber ini salah satu daripada fabrik "favourites".
Simple tapi kalau kena gayanya nampak ekslusif. Harga RM9.90 p/meter.

Fabrik jalur ialah Japanese Cotton- harga RM15.00 p/meter.






















Ditte merupakan salah satu fabrik kegemaran saya. Kosong, tapi membenarkan saya bereksperimen dengan pelbagai gaya dan cara. Fabrik tebal dan bidang pula agak besar iaitu 140 cm. Sebelum ini IKEA mengeluarkan Ditte kuning, oren dan hijau. Entah kenapa, pengeluaran warna-warna tersebut dihentikan. Bila nak beli, selalu sudah out of production. Rasa nak beli sekayu terus kalau pergi IKEA. Apakan daya modal tak besar. Harga Ditte RM12.90 p/meter.


No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.