Pernah tak anda semua lihat pokok kekabu? Baru -baru ini semasa pergi kenduri kahwin di Ipoh saya ternampak pokok kekabu dinurseri (HH nursery). Pokok kekabu agak besar, ianya sejenis pokok hutan. Berdaun dan beranting jarang-jarang. Ada orang kata pokok kekabu ni langsuir suka duduk. Saya kurang pasti pulak sebab tak pernah ditanam berdekatan dengan rumah.
Cuma yang saya suka benar bantal kekabu ni lembut dan sejuk. Faktor penting untuk tidur dengan lena. Kalau bantal jenis lain saya kurang selesa. Ataupun dah biasa sebab dulu kita cuma ada bantal kekabu dalam rumah, berbanding sekarang pelbagai jenis isi bantal dalam pasaran. Yang paling mahal katanya isi "feather". Entah, saya tak tahu. Tak pernah jumpa dan cari.
Kenapa pula ya kali ini saya bercerita pasal kekabu. Sebab saya pun ada jual bantal kekabu. Tetapi saya jual kepada rakan terdekat sahaja. Sebab masalah package,macamana nak pos besar-besar tu. Selalunyanya bekalan kekabu saya beli di Sungai Buloh, agak mahal RM17 sekilogram/sebungkus. Sebab bekalannya terhad, masalah kekurangan bekalan. Sebab saya ada jual bantalnya so ada kawan yang ingat saya ada tanam pokok kekabu di belakang rumah. Hmm...dalam hati saya macammana la nak tanam pokok kekabu di kawasan perumahan, mesti tak pernah tengok pokoknya.
Gambar pokok kekabu yang saya ambil diHH Nursery.
Tetapi apa perkataan Bahasa Inggeris untuk kekabu? Setakat ini saya belum jumpa. Saya ada jumpa blog lain yang merujuk sebagai cotton. Tapi cotton ialah kapas.
Gambar berikut saya petik dari laman web lain yang yang menunjukkan gambar pokok kapas. Sumber www.masterfile.com
i love kekabu pillows and bolsters.
ReplyDeleteKekabu adalah kapok dlm bahasa ingeris
ReplyDeleteKekabu adalah kapok dlm bahasa ingeris
ReplyDelete