Monday, April 6, 2015

kusyen hiasan



Kusyen hiasan juga merupakan antara projek kegemaran saya di HomeSewingDesign. Setakat ini pelbagai tema telah dihasilkan berdasarkan citarasa pelanggan seperti moden, inggeris dan juga klasik.
Saya gemar bermain dengan warna-warna kontra supaya walaupun hiasan adalah ringkas tapi mampu menonjolkan sisi kusyen tersebut.

Hari ini mari kita bercerita tentang warna. Warna adalah satu elemen yang sangat penting bagi membentuk hasil yang diinginkan.


Saya suka membuat sesuatu yang spesifik  dan yang tidak boleh didapati daripada kebiasaan. Bantal dibawah merupakan bantal nombor rumah saya.  Saya letakkan 2 kerusi rotan dihadapan tempat meletak kenderaan dan gandingkan dengan sarung bantal yang saya buat. Tapi nampaknya kerusi rotan saya perlu diganti, kerana telah menjadi "scratching post" kucing kesayangan ...gugurl "TINA".









CLOSED UP ....KAIN JALUR DIPADANKAN DENGAN KAIN CORAK COUNTRY WARNA PERANG.

















Manakala untuk sarug kusyen dibawah, saya teringin menghasilkan sesuatu yang agak dramatik. Warna tanah yang digandingkan dengan warna merah mampu membentuk sesuatu yang menonjol.  Juga cuba jika menggandingkan warna kelabu dengan warna merah. 

Membuat ropol juga memakan masa yang agak lama. Terutamanya daripada proses menggunting helaian kain selebar 20 sm sehinggalah kepada proses membuat kedutan ropol dan juga melekatkankannya kepada fabrik. 




ROPOL MERAH BERBENTUK BULATAN YANG MENGHIASAI KUSYEN  YANG BERWARNA FABRIK ASAS.







2 projek kusyen ini bertemakan romantis. Warna asas seperti hijau digunakan sebagai latar belakang dan juga sebagai asas kepada rona  hijau yang lain cuma berlainan nada warna sahaja. Sengaja memilih hijau iaitu warna yang jarang diketengahkan, tetapi masih mampu menyerlah jika kena dengan gayanya.




DUA TEMA HIJAU YANG DIKETENGAHKAN
















Selain daripada palet warna yang mampu menonjolkan sisi menarik kusyen hiasan, saya juga gemar mencuba pelbagai bentuk yang saya fikirkan menarik. Ringkas dan minimalis adalah merupakan ciri-ciri kegemaran saya.







SARUNG BANTAL BENTUK ENVELOPE









Kuning merupakan warna yang "rare" dan jarang digunakan. Tetapi sekiranya digandingkan dengan palet warna coklat ataupun hijau ia boleh mendatangkan mood  "fresh".  Warna kuning merupakan gandingan terbaik sekiranya rumah anda banyak perabot rotan dan kayu. Cuba warna kuning untuk fabrik selain daripada putih yang biasa digunakan jika mood rumah adalah ala bali.






BANTAL OBLONG BERBUTANG








Ini merupakan projek untuk mencuba gandingan butang berira kayu untuk dipadankan dengan sarung kusyen. Corak kayu merupakan corak kegemaran saya, ianya cepat menangkap mata. Maka saya padankan dengan fabrik kosong untuk lebih menonjolkan kehadiran butang tersebut.

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thanks for your visit and comments.