Monday, August 8, 2016

Himpunan Langsir

Himpunan Langsir


Cuti-cuti hujung minggu selain daripada sibuk memasak aktiviti yang wajib adalah menjahit. Tidak kiralah sendiri punya mahupun pelanggan semua nya mahu diselesaikan dengan segera bagi membolehkan terjun ke projek seterusnya pula.

Tahun ni rasanya tahun ganti langsir baru. Biasanya saya tidak lah membeli langsir tiap-tiap tahun, bajet lari weh kalau nak buat gitu. Saya beli langsir mahu rasanya 3 tahun sekali. Tapi saya memang menitik beratkan kualiti kain selain daripada corak yang sedap mata memandang mengikut pandangan mata saya ni. Maksud kualiti kain yang baik adalah apabila dibasuh tidak cepat koyak dan warna juga tidak luntur. Ada fabrik langsir yang yang warnanya cepat pudar sebab terdedah kepada cahaya matahari. Apa apa pun yang terpenting bagi saya dan saya rasa ramai yang setuju adalah bajet.


Langsir yang telah siap tetapi belum tak gantung lagi...Haa..ha..




Yang oren gambar muka kucing banyak-banyak tu saya guna untuk bilik tidur saya. Walau pun saya dah pun "tua" ehem...tapi kecintaan pada kekucingan dan apa-apa yang berkaitan dengan kucing memang menarik minat saya. Biasanya fabrik motif kucing mahal. Tapi yang ni  IKEA jual pada RM19.90 per meter dan ianya cukup-cukup nak buat langsir bilik  saya. Tanpa perlu berfkir panjang kerana jika terlalu banyak fikir tak jadi pula beli  nanti saya pun rembat aje la. Itupun jenuh bergaduh dengan bebudak sebab diaorang pun nak langsir macam tu juga.

Yang ada motif pokok tu pulak boleh dikatakan saya tersilap beli. Saya mencari motif yang sesuai untuk diletakkan didapur  seperti motif pinggan mangkuk, makanan ataupun sebagainya. Di kedai saya nampak macam sayur brokoli, bila saya nak jahit baru nampak sebenarnya gambar pokok. Jahit sajalah ..LABU.....

Yang hijau  kombinasi  fabrik kosong dan juga corak yang macam ala-ala parsley tu untuk ruang tamu. Saya teringin nak mengeluarkan rekabentuk langsir yang kemas, simple dan menarik. Untuk menambah rasa dan seri saya buat pengikat langsir bentuk tocang yang memang tak boleh jumpa kat kedai.



No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.