Monday, August 29, 2016

Sarung Bantal - Home Sewing Design


Idea ni datang semasa saya nak buat sesuatu berkaitan dengan logo. Sesuatu yang saya mulakan..dan daripada apakah ia bermula. Home Sewing Design sebenarya bermula daripada jualan bantal kekabu. Bantal kekabu biasa yang bersarungkan kain kapas putih. Dan kemudian di teruskan pula kepada Quilt, cadar, langsir, sarung kerusi dan lain-lain.

Applique tulisan dan juga hiasan pom-pom tu outsource. Saya tak buat sendiri. Cuma saya teringin nak jahit di atas fabrik berbelang hitam kerana mahu pun sedikit perbezaan, tidak mahu terlalu tipikal jahitan diatas kain kosong yang sudah semestinya berwarna putih. Saya sukakan unsur masculine didalam apa yang saya hasilkan, kecuali kalau dah ada customer mahukan specific design..ok, saya ikut saja.





















Bagi saya ringkas, ada unsur girlish sikit dengan pom-pom keliling. Tulisan applique tu saya beli di gerai SACC. Walaupun katanya boleh tekan dengan seterika....tapi supaya tulisan tak gugur satu persatu baiklah dijahit. Pom-pom tu beli di Spotlight, warna merah yang paling menarik hati saya.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.