Saturday, August 6, 2016

Sarung kerusi makan -

Sarung kerusi makan merupakan produk terlaris homesewingdesign.

Post berikunya adalah mengenai sarung kerusi makan yang dibuat tempahan oleh pelanggan. Pelanggan yang menggemari fabrik sarung kerusi berbentuk jalur dan juga fabrik sarung kerusi yang bercorak kedesaan Inggeris. Pilihan terpulang pada pelanggan. Cuma apabila membeli kain sekurang-kurangnya pilihan adalah kain cotton- cotton langsir. (mudah dijahit dan memberikan kesan yang cantik kepada sarung kerusi). Tetapi sifat cotton adalah apabila dibasuh akan mengecut. Disebabkan itu jika membuat pembelian terutamanya kain cotton ikea ada diletakkan peratusan pengecutan.

Jika membeli kain yang licin ataupun nipis masih boleh dibuat sarung kerusi, tetapi kesannya kurang cantik kerana kain tersebut seperti mengembang dan tidak terletak seperti fabrik cotton.

Fabrik yang paling sesuai adalah fabrik yang menggunakan kain sofa. Tetapi harganya ehem..ehem...memang mahal. Kadar pengecutan fabrik adalah sebanyak 2% sahaja.

Berikut adalah sarung kerusi terkini tempahan daripada pelanggan.





No comments:

Post a Comment

Thanks for your visit and comments.